Facebook Horizon Diumumkan – Media Sosial Realiti Maya Seakan Ready Player One
Laman media sosial terbesar di dunia ialah Facebook. Interaksi di antara pengguna masih lagi terhad secara dua dimensi dengan perkongsian status, gambar dan mesej tular yang palsu dilakukan setiap hari. Di Oculus Connect semalam, Facebook Horizon diumumkan sebagai media sosial realiti maya yang diakses sepenuhnya secara realiti maya.
Facebook Horizon akan mula beroperasi pada tahun 2020. Ia hanya boleh diakses menggunakan peranti Oculus Rift dan Quest sahaja. Serentak dengan pengumuman Horizon, Facebook Spaces dan Oculus Room akan dihentikan operasi bermula 25 Oktober.
Setiap pengguna Horizon akan dapat menggunakan avatar maya yang direka sendiri dengan kustomasi rupa, bentuk tubuh dan pakaian. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah bermain permainan video dan mengembara ke dunia berbeza menggunakan fungsi telepods.
Terdapat juga Horizon Local yang menjadi hab pertanyaan dan bantuan. Pembangun boleh membina dunia mereka sendiri yang kemudiannya dilawati oleh pengguna lain.
Jika apa yang kami tulis di atas pernah anda dengar, ia sama seperti dunia realiti maya The Oasis ciptaan James Halliday dari filem Ready Player One. Dengan Horizon, Facebook bakal menjadikan fiksyen sains menjadi realiti.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment