Logitech Mengambil-Alih Streamlabs – Mengukuhkan Kedudukan Dalam Arena Penstriman
Logitech agak aktif dalam pengambil-alihan beberapa syarikat akhir-akhir ini. Terbaru, hari ini mereka mengumumkan pengambil-alihan Streamlabs, sekaligus akan mengukuhkan lagi kedudukan dan jenama Logitech dikalangan para peminat penstriman permainan.
Streamlabs merupakan pembangun perisian penstriman yang digunakan ramai diseluruh dunia, dan menawarkan sokongan untuk pelbagai platform. Perisian Streamlabs OBS mereka sendiri digunakan ramai dalam strim permainan dan kandungan ke Twitch.
Logitech mengambil-alih Streamlabs ini pada nilai $89 juta, dan perisian berkenaan dijangka akan terus ditawarkan seperti biasa buat masa ini. Dengan pengambil-alihan ini, ia juga memberikan Logitech usaha untuk mempromosikan pelbagai aksesori mereka lain, daripada kamera, mikrofon dan sebagainya dalam memudahkan penstriman oleh pengguna.
Layari : StreamLabs
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment