Pengguna Xbox One Kini Boleh Menggunakan Google Assistant Untuk Mengawal Konsol Mereka (Tutotial)
Awal tahun ini, Microsoft telah mengeluarkan kenyataan yang Cortana bukan lagi pesaing kepada mana-mana pembantu digital. Tetapi lebih memfokuskan kepada integrasi dengan produk Microsoft sendiri. Jadi, secara perlahan Microsoft bekerjasama dengan Amazon dan Google untuk mengintegrasikan Alexa dan Google Assistant kepada produk mereka. Contoh, Alexa kini boleh dijadikan sebagai pembantu digital dalam Windows 10.
Bulan Jun tahun lepas, Windows Central melaporkan yang kelak pengguna Xbox One boleh menggunakan Alexa dan Google Assistant untuk mengawal konsol mereka. Kawalan ini adalah dengan menggunakan pembesar suara pintar atau produk-produk lain yang telah ditambat atau diselarikan. Akhirnya, hari ini Microsoft telah mengaktifkan sokongan ini secara rasmi. Tetapi buat masa ini, hanya Google Assistant sahaja yang disokong. Berikut adalah antara arahan suara yang pengguna boleh lakukan;
Action | Command |
---|---|
Turn on | Hey Google, turn on Xbox. |
Turn off | Hey Google, turn off Xbox. |
Launch game | Hey Google, play Gears 5 on Xbox. |
Volume up | Hey Google, volume up on Xbox. |
Volume down | Hey Google, volume down on Xbox. |
Mute | Hey Google, mute Xbox. |
Un-mute | Hey Google, un-mute Xbox. |
Pause* | Hey Google, pause. |
Play* | Hey Google, play. |
Next* | Hey Google, next. |
Previous* | Hey Google, previous |
Take a screenshot | Hey Google, take a screenshot on Xbox. |
Record a game clip | Hey Google, record that on Xbox. |
Reboot | Hey Google, reboot Xbox. |
Stop | Hey Google, stop on Xbox. |
Watch a TV channel (if live TV is configured) | Hey Google, switch to PBS on Xbox. |
Bagi mereka yang ingin mencuba, boleh ikuti langkah di bawah ini,
-
Sertai Google Group Xbox dengan akaun Google yang anda ingin gunakan Google Assistant.
-
Log masuk ke Xbox anda.
-
Dalam aplikasi Google Home, tetapkan Xbox anda dengan mengikuti langkah di bawah,
-
Tekan “+ Add”
-
Tekan “Set up device”
-
Tekan “Have something already set up?”
-
Cari dan pilih “[beta] Xbox”
-
-
Log masuk dengan akaun Microsoft yang anda gunakan pada Xbox.
-
Ikuti arahan seterusnya yang akan terpapar pada Xbox anda.
*Jika tidak berjaya pastikan fungsi ‘Digital Assistant’ telah diaktifkan pada konsol (Settings > Devices & Streaming > Digital Assistants).
Itu sahaja langkah mudah yang anda boleh lakukan dan kemudian anda boleh terus menggunakan Google Assistant untuk mengawal konsol anda.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment