Hi! Welcome Back and Stay Tune! Logitech G PRO X Ialah Papan Kekunci Mekanikal Dengan Suis Yang Boleh Ditukar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Logitech G PRO X Ialah Papan Kekunci Mekanikal Dengan Suis Yang Boleh Ditukar


Sebelum membeli papan kekunci mekanikal, anda perlu memilih suis apakah yang ingin digunakan. Suis Cherry MX Brown misalnya membolehkan pengguna menaip dengan tahap bunyi yang lebih senyap berbanding Cherry MX Blue. Pengguna perlu melakukan pilihan ini kerana majoriti papan kekunci mekanikal di pasaran tidak membenarkan suis ditukar.

Hari ini Logitech melancarkan papan kekunci mekanikal G PRO X dengan suis yang boleh ditukar sendiri oleh pengguna. Papan kekunci mempunyai 92 butang dengan pilihan suis GX Clicky, Linear atau Tactile. Setiap kekunci juga mempunyai sokongan lampu RGB dan sambungan USB-C pada bahagian belakang.

Logitech G PRO X dengan suis boleh tukar dijual pada harga $150 (~RM629) sebuah manakala versi dengan suis kekal turut ditawarkan pada harga $130 (~RM545). Satu set 94 suis gantian GX Clicky, Linear dan Tactile pula dijual pada harga $50 (~RM210).



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.