Hi! Welcome Back and Stay Tune! NVIDIA Dikatakan Akan Melancarkan Kad Grafik NVIDIA GeForce GTX 1660 Super Pada Penghujung Bulan Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

NVIDIA Dikatakan Akan Melancarkan Kad Grafik NVIDIA GeForce GTX 1660 Super Pada Penghujung Bulan Ini


Beberapa bulan yang lalu, pihak NVIDIA telah memperkenalkan siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX Super mereka yang terdiri daripad kad-kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2060 Super dan NVIDIA GeForce RTX 2070 Super yang memperlihatkan peningkatan dari segi jumlah memori ataupun cip pemprosesan grafik yang digunakan didalam kad-kad ini.

Baru-baru ini, terdapat ura-ura bahawa kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1660 akan menerima kemaskini nama Super dibelakangnya. Menurut laporan VideoCardz, sumber-sumber mereka di ASUS mengatakan bahawa mereka akan hadir dengan tiga variasi kad grafik ini melalui model-model DUAL-EVO, Phoenix dan TUF3.

Dari segi spesifikasi, ia dikatakan bahawa satu-satunya perbezaan diantara kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1660 Super ini dengan model sebelum ini ialah ia akan menggunakan cip memori 6GB GDDR6 dengan kelajuan memori 14Gbps berbanding dengan memori 6GB GDDR5 dengan kelajuan 8Gbps sebelum ini.

Satu lagi laporan daripada laman web teknologi dari China, ITHOME pula mengatakan bahawa kad grafik ini akan diumumkan atau dilancarkan secara rasmi pada 22 Oktober kelak. Buat masa ini, pihak NVIDIA tidak mengesahkan atau menafikan bahawa kad grafik ini wujud, dan ia akan dilancarkan pada tarikh yang dinyatakan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.