Singapura Menguatkuasakan Akta Antiberita Tidak Benar Hari Ini
Akta Antiberita Tidak Benar diluluskan oleh kerajaan Malaysia pada April 2018 sebelum PRU 14. Ia menerima kritikan kerana dilihat sebagai akta yang menyekat kebebasan bersuara dan menghukum penyebaran berita yang tidak selari dengan lidah rasmi kerajaan. Singapura kini mengikut langkah Malaysia dengan menguatkuasakan Akta Antiberita Tidak Benar mereka bermula hari ini.
Akta Perlindungan Dari Kepalsuan Dan Manipulasi Atas Talian telah diluluskan Singapura awal tahun ini. Mereka yang didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun. Platform media pula perlu membuang berita disifatkan sebagai palsu oleh kerajaan sekiranya tidak mahu berhadapan dengan denda sehingga SGD1 juta (~RM 3.03 juta).
Seperti di Malaysia, akta ini menerima tentangan dari pihak pembangkang dan aktivis hak asasi manusia. Tetapi tidak seperti Singapura, Malaysia telah memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar pada Ogos tahun lalu selepas berlaku pertukaran kerajaan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment