Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Ayah..Tolong Abang Ayah" - Aliff Aziz Bergelut Dengan Polis, Rayu Pertolongan Bapa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Ayah..Tolong Abang Ayah" - Aliff Aziz Bergelut Dengan Polis, Rayu Pertolongan Bapa



BAHARU seketika menyepi, nama pelakon Aliff Aziz kembali menjadi sebutan netizen di media sosial apabila tersebar rakaman video aktor tersebut ditangkap pihak polis di Singapura.

Menerusi laman Twitter, seorang pengguna @HzrqHalim telah memuat naik rakaman video berdurasi satu minit itu dan mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan ingin mengetahui situasi sebenar yang berlaku di sebalik kejadian tersebut.

"Apa yang berlaku ni, makin lama makin kasihan dengan Aliff ni?

"Apa hal ni? Buat hal lagi ke? kena tangkap lagi ke?


Dalam rakaman tersebut, Aliff menghubungi bapanya bagi mendapatkan bantuan.

"Tengah shooting drama pukul 6 ke tu?," komen netizen.

Dalam rakaman tersebut, Aliff dilihat bergelut dengan beberapa anggota polis dan kedengaran dia menghubungi bapanya bagi mendapatkan bantuan.

Bekas suami kepada Bella Astillah itu menjerit-jerit memberitahu ayahnya menerusi telefon bahawa ada orang sedang memukulnya.


Video berkenaan tular di Twitter dan menerima lebih 130,000 tontonan dan dikongsi lebih 6,000 pengguna.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada maklumat mengenai kejadian tersebut.


Sumber: Mstar Online


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.