Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki Ini Nekad Menjadi Seekor Kambing Selepas Tertekan Dilahirkan Sebagai Seorang Manusia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki Ini Nekad Menjadi Seekor Kambing Selepas Tertekan Dilahirkan Sebagai Seorang Manusia



LAZIMNYA apabila seseorang itu berdepan masalah dalam kehidupan, pelbagai cara akan dilakukan untuk mengembalikan keyakinan diri dan erti sebenar untuk terus hidup.

Contohnya pergi bercuti ke tempat yang menjadi impian untuk dikunjungi bersama orang yang tersayang atau seorang diri.

Tetapi, berikutan kecewa dengan kehidupan yang dialaminya, lelaki berasal dari United Kingdom sanggup seorang diri pergi ke kawasan pergunungan Swiss untuk menikmati kehidupan sebagai seekor kambing.


Justeru, dia mendapatkan sepasang kaki kambing dan usus kambing buatan manusia yang boleh menghadam rumput hijau untuk dirinya.

Lelaki yang dimaksudkan itu bernama Thomas Thwaites, sebelum itu dia menetap di London, berdepan masalah pengangguran dan masalah peribadi serta bosan dengan kehidupan di bandaraya.


Suatu hari dia mendapati anjing yang dibela oleh rakannya kelihatan sungguh ceria, dan keadaan tersebut membuatkannya teringin menjadi haiwan. Pelik, bukan?

Setelah memikirkan ia secara mendalam, Thomas Thwaites akhirnya memilih untuk menjadi seekor kambing.

Bagi menyesuaikan diri dengan tabiat makan rumput seperti kambing, dia memasang usus buatan manusia di bahagian pinggangnya.


Pelbagai cabaran dialaminya ketika hidup sebagai kambing, contoh seperti sering terjatuh ketika merangkak bersama kumpulan kambing, dan sebagainya.

Selain itu, kewujudannya tidak diterima oleh sekumpulan kambing dan menganggap dia sebagai spesis asing, malah ada yang cuba menyerangnya.


Namun, akhirnya seekor kambing kelihatan mengekorinya ke mana saja dan cuba menyentuhnya melalui hidungnya.

Menurut seorang pengembala kambing, tindakan kambing tersebut menandakan Thomas Thwaites telah diterima sebagai spesis mereka. Thomas Thwaites rasa terharu dengan apa yang terjadi.


Kehidupan menjadi kambing beri inspirasi kepada Thomas Thwaites bahawa manusia wajar belajar daripada kambing dalam usaha menjalani kehidupan dengan lebih relaks, ini kerana kambing didapati lebih tahu menikmati kehidupan daripada manusia.

Sumber: Dairishare


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.