Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Hilang 13 Kilogram, Baju Lama Tak Boleh Pakai Dah ..." - Seksi Dottie Bersebab, Nak Bereksperimen Katanya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Hilang 13 Kilogram, Baju Lama Tak Boleh Pakai Dah ..." - Seksi Dottie Bersebab, Nak Bereksperimen Katanya



Pelakon Dottie menjelaskan penampilannya terkini yang semakin seksi disebabkan perubahan berat badannya.

Jelas pemilik nama sebenar Nor Syuhaida Abdul Razak itu, dia hilang 13 kilogram sejak mengamalkan diet dari awal tahun ini dan sedang mencuba gaya terbaharu yang bersesuaian dengannya.

"Saya sebenarnya baru nak meneroka gaya baharu yang sesuai untuk saya disebabkan hilang berat badan.

"Jadi, pakaian lama sudah tak boleh pakai.

"Bagi saya, tak adalah seksi melampau pun cuma mungkinlah pandangan segelintir orang yang melihat saya seksi kerana bentuk badan saya.

"Sejak awal tahun lagi saya mula berdiet dan sudah turun sebanyak 13 kilogram," dedahnya kepada Gempak.


Dottie yang ditemui pada majlis sambutan ulangtahun ke-20 majalah urban EH! di JW Marriot Kuala Lumpur baru-baru ini memberitahu dia hanya mengamalkan diet sihat dengan menjaga pemakanan.

"Kalau nak ikutkan, perlahan juga progres penurunan berat badan saya ini tetapi saya tak kisah asalkan caranya sihat.

"Saya berdiet bukan sebab orang kutuk tetapi untuk diri sendiri, apabila usia sudah bertambah lebih baik kita mencegah daripada mengubati.

"Kaedah saya cumalah menjaga pemakanan, elakkan minuman manis, bersenam dan mengambil vitamin tambahan sahaja," tambahnya.

Dottie sebelum ini meraih perhatian ramai apabila tampil dengan imej terbaharu yang lebih daring dan seksi.

Malah, ada antara baju yang digayakan menampakkan sebahagian daripada perutnya hingga mengundang kata-kata kurang senang netizen.

Sumber: Gempak.com


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.