Escape “Gravityplay”, Gelongsor Air Terpanjang Dunia Kini Dibuka
Sekiranya berkunjung ke Pulau Pinang, jangan lepaskan peluang untuk mencuba “Escape Gravityplay” di taman tema ‘Escape’ yang telah dibuka secara rasmi semalam.
Dengan jarak sepanjang 1.140km “Gravityplay” diiktiraf sebagai gelongsor air terpanjang di dunia oleh oleh “Guiness Book of World Record”.
Taman tema ‘Escape’ yang terletak di Teluk Bahang ini telah bertahun menjadi tarikan pelancong utama di Pulau Pinang. Dengan perasmian fasa ketiga “Gravityplay” ia pasti akan mengukuhkan lagi kedudukan taman tema itu sebagai sebuah pusat tumpuan pelancong paling menarik dalam negara.
Gravityplay mengatasi rekod dunia 0.602km milik taman tema Action Park di Vernon, New Jersey, Amerika Syarikat yang dibuka pada 2015.
Gelongsor terpanjang itu yang dibina di kawasan bukit menghubungkan taman permainan ‘Adventure Play’ dan ‘Water Play’ di mana pengunjung ke permulaan gelongsor air itu dengan menggunakan kereta kabel.
Setakat ini, Escape Pulau Pinang mempunyai lebih 40 tarikan utama termasuk meneroka terowong, memanjat pokok, “flying fox’ dan ‘kite flyers’ di “Adventureplay” dan “water slide”, “lazy river”, “speed racer” dan “waveball” di ‘Waterplay’.
Memetik kajian dijalankan oleh University Sains Malaysia (USM) baru-baru ini menunjukkan 10.9 peratus deripada pelancong tempatan dan antarabangsa yang datang ke Pulau Pinang, akan mengunjungi Escape.
Harga tiket Escape Gravityplay
Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui escape.my
The post Escape “Gravityplay”, Gelongsor Air Terpanjang Dunia Kini Dibuka appeared first on EkELEH.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ EkELEH
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment