Hi! Welcome Back and Stay Tune! Solat subuh di Selangor lewat 8 minit, kata mufti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Solat subuh di Selangor lewat 8 minit, kata mufti


Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, tidak timbul isu solat subuh sebelum ini tidak sah kerana berdasarkan ijtihad dan ilmu yang sah.
SHAH ALAM: Waktu solat subuh bagi semua kawasan di Selangor dengan tambahan 8 minit daripada waktu asal semasa disebabkan fajar sadiq (waktu bermula subuh) yang berlaku pada sudut matahari di kedudukan 18 darjah di bawah ufuk.
Mufti Selangor, Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, ia berbeza dengan waktu yang diguna pakai sebelum ini, iaitu pada sudut matahari 20 darjah.
“Selangor telah membuat pemakluman lebih awal dari negeri lain, iaitu pada hari ini (Khamis) dan mengumumkan tarikh kuat kuasa pada 29 Nov.
“Tidak timbul isu solat subuh sebelum ini tidak sah kerana berdasarkan ijtihad dan ilmu yang sah,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, penduduk di setiap negeri perlu patuh kepada arahan Ulul Amri, iaitu sultan atau raja bagi negeri beraja, Yang Dipertua Negeri bagi negeri tiada raja dan Yang di-Pertuan Agong bagi Wilayah Persekutuan, berhubung setiap perubahan waktu solat yang diumumkan.
Katanya, selagi tiada arahan baru dikeluarkan, waktu sedia ada sah dipatuhi kerana urusan agama ditentukan Ulul Amri.
Terdahulu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memaklumkan perubahan waktu solat subuh dengan tambahan 8 minit berkuat kuasa Jumaat.
Jais berkata, perubahan waktu solat subuh itu dibuat hasil kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan penyelidik dari Universiti Malaya (UM) berdasarkan kecerahan langit pada tempoh berkenaan. - FMT


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.