CIMB Memperkenalkan CIMB Tap n Pay – Menerima Bayaran Dari Kad Debit Menggunakan Peranti Android
CIMB sebelum ini sedia hadir dengan beberapa penyelesaian pembayaran memfokuskan para peniaga – dalam usaha memudahkan mereka menerima pembayaran daripada kad kredit atau debit. Terbaru, menambah kepada penawaran mereka adalah CIMB Tap n Pay.
CIMB Tap n Pay ingin memudahkan penerimaan pembayaran daripada kad debit dengan hanya menyentuh sahaja – seumpama PayWave. Penyelesaian terbaru untuk para peniaga ini diperkenalkan oleh CIMB bersama-sama pihak PayNet.
Melaluinya, para peniaga boleh memasang aplikasi khusus pada peranti Android dengan sokongan NFC. Seterusnya, mereka boleh menerima pembayaran dengan hanya memerlukan pengguna menyentuh kad debit dibelakang peranti Android mereka.
Buat masa ini, ia hanya menyokong transaksi daripada kad debit dengan had transaksi dibawah RM250. Pihak CIMB dijangka memperluaskannnya untuk menyokong kad kredit menjelang 2020 kelak.
Muat-Turun CIMB Tap n Pay untuk Android
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment