Tolong Selamatkan Mak Ayah Kami, Rintihan Kanak-kanak Etnik Uighur Rayu Bantuan
Nasib etnik Uighur yang kini berada di dalam cengkaman China terus berdepan dengan penindasan dan kekejaman.
Saban hari, semakin terbongkar kisah kezaliman China terhadap etnik tersebut, mereka ditangkap dan kemudian diseksa.
Malah, anak-anak terpaksa berpisah dengan dengan ibu bapa mereka.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan sekumpulan anak-anak etnik Uighur berkumpul, kesemua mereka menangis dan merintih kerana ibu bapa mereka ditangkap.
Tolong selamatkan ibu bapa kami
Ibu dan bapa mereka ditahan tanpa sebab oleh China, menjadikan anak-anak itu bagaikan yatim piatu.
Dalam satu perjumpaan media, sebahagian daripada mereka memohon pertolongan seluruh dunia agar membantu melepaskan ibu bapa mereka.
Apalah kekuatan yang ada pada anak-anak ini, mereka hanya mampu menangis kerana kerinduan di dalam jiwa terhadap ibu bapa bagaikan sudah tidak dapat dibendung lagi.
Ditahan atas dasar akidah
Begitu besar cabaran bergelar Muslim di China. Difahamkan ramai kanak-kanak dipisahkan dengan keluarga mereka dan dididik di “pusat latihan vokasional” bagi mencegah ekstremisme agama.
Walhal, kekejaman yang berlaku terhadap Muslim Uighur adalah semata-mata kerana mereka mengamalkan kehidupan sebagai seorang Islam iaitu menunaikan ibadah dan menutup aurat.
Sumber: Ahlan Wa Sahlan via https://ift.tt/2TP95R3
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment