Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei P40 Bakal Dilancarkan Sekitar Mac 2020 – Mungkin Tidak Menyertakan Perkhidmatan Google - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei P40 Bakal Dilancarkan Sekitar Mac 2020 – Mungkin Tidak Menyertakan Perkhidmatan Google


Huawei CEO Richard Yu kini dilihat telah berkongsi beberapa perancangan akan datang mereka melalui sebuah temuramah khas, termasuk berkongsi berkaitan dengan Huawei P40 dan Huawei P40 Pro yang dinantikan ramai peminat Huawei.

Melalui perkongsian beliau, Huawei dijangka memperkenalkan Huawei P40 dan Huawei P40 Pro pada sebuah acara Mac 2020 kelak, di Paris.

Buat masa ini, spesifikasi dan penawaran yang akan dibawakan masih menjadi tanda tanya. Dengan fokus terhadap fotografi, kita boleh melihat kualiti rakaman yang lebih ditambah-baik – dan mungkin dilengkapi cip Kirin 990.

Seperti Mate 30 sebelum ini, Huawei dijangka menyertakan sistem operasi berasaskan Android dengan antaramuka EMUI. Huawei juga dijangka akan menyertakan Huawei Mobile Services sebagai ganti kepada Google Mobile Services pada peranti berkenaan.

Buat masa ini, Mate 30 telah dipasarkan di Malaysia dengan perkhidmatan HMS – dan dilihat masih ramai yang mendapatkannya untuk digunakan. Dengan Huawei sendiri yang berusaha keras dalam menarik lebih ramai pembangun, sama-sama kita berharap agar ekosistem berkenaan menawarkan pengalaman lebih baik dalam setahun dua ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan info lanjut berkenaan Huawei P40 ini dalam bulan-bulan akan datang.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.