Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bayi kepala besar, Nur Syifaa Auni meninggal dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bayi kepala besar, Nur Syifaa Auni meninggal dunia


Adik Nur Syifaa Auni yang pernah mendapat liputan FMT Ohsem sebelum ini kerana menghidap penyakit Hydrocephalus atau penyakit kepala besar telah meninggal dunia pada Jumaat.

Ibunya, Safia Nasir memaklumkan perkara itu kepada FMT sambil berkata arwah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ22, Puchong Batu Dua Belas sekitar 10 pagi Sabtu.
Menurutnya lagi, arwah menghembuskan nafas terakhir pada jam 6 petang Jumaat dan ia disahkan pihak Hospital Serdang.
“Alhamdulillah semuanya selamat dan kami tahu yang dia akan pergi, jadi saya dan suami lebih bersedia menghadapi waktu yang akan tiba, Syifaa sangat kuat kerana bertahan lebih lama berbanding bayi yang lain, alhamdulillah,” katanya.
Menurut Safia lagi, arwah tidak menunjukkan sebarang tanda yang dia akan pergi pada waktu itu.
“Cuma saya perasan tiga hari sebelum itu ada keluar darah sedikit di bahagian mata dan mulut, selain daripada itu tiada masalah.
“Cuma semalam (Jumaat) saya dengar Syifaa mengerang kesakitan dan tidak bergerak, jadi saya hubungi suami yang ketika itu atas motor dalam perjalanan pulang ke rumah, kami bawa pergi ke hospital dan mereka mengesahkan yang arwah Syifaa sudah tiada,” katanya lagi.
Sebelum ini adik Nur Shifaa Auni merupakan salah seorang penerima bantuan sumbangan Syawal daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) MYMAHU pada tahun lalu.
Daripada situlah ramai masyarakat yang menyalurkan sumbangan terhadapnya.
Nur Syifaa Auni, syurgalah tempat mu. Rehatlah di “sana”.
Al-Fatihah Nur Syifaa Auni bin Yaakob (25/4/2018 – 10/1/2020) - FMT


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.