Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mencuba GrabPay – Salah Satu Dompet Digital Nirtunai Dibawah Program eTunai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mencuba GrabPay – Salah Satu Dompet Digital Nirtunai Dibawah Program eTunai


Grab kini telah menjadi salah satu jenama yang tidak asing lagi dikalangan pengguna tempatan. Perkhidmatan yang dahulunya memfokuskan kepada tempahan seru-pandu ke destinasi, kini telah diperluaskan melalui sejumlah perkhidmatan bersama-sama dengannya seperti GrabFood, GrabMart dan sebagainya.

Menariknya, menjadi tunjang utama yang menghubungkan semua perkhidmatan berkenaan adalah GrabPay – iaitu platform pembayaran nirtunai daripada Grab tersendiri.

Baru-baru ini, GrabPay telah pun dipilih sebagai salah satu daripada tiga perkhidmatan dompet digital nirtunai untuk program eTunai, sekaligus memberikan peluang kepada pengguna untuk menebus kredit sebanyak RM30 dan menggunakannya dalam transaksi nirtunai.

Grab eTunai

Melalui siri artikel ini, kami akan melihat kepada ketiga-tiga dompet digital yang terpilih, dan dimulakan dengan GrabPay.

Tempahan Kenderaan Seru-Pandu

Gojek Grab

Seperti ramai sedia maklum, Grab sedia terkenal dengan perkhidmatan tempahan kenderaan seru-pandu. Ia menggunakan platform pembayaran GrabPay, sekaligus membolehkan pengguna menerima lebih mata ganjaran dan diskaun berbanding penggunaan bayaran berasaskan kad kredit atau tunai.

Melalui perkhidmatan tempahan kenderaan ini, pengguna boleh melakukannya terus melalui aplikasi sama dan menggunakan ekosistem sama – berbeza dengan perkhidmatan nirtunai lain.

Antara tempahan kenderaan seru-pandu yang boleh dilakukan adalah termasuk kereta, motorsikal, dan beberapa pilihan premium.

Kelebihan membuat pembayaran menggunakan GrabPay ketika menempah perkhidmatan ini adalah seperti dinyatakan awal tadi, dimana ia kadang-kala memberikan diskaun tambahan kepada pengguna berbanding penggunaan tunai atau kad kredit/debit.

Membuat Tempahan Makanan

Grab Food

Pada aplikasi sama juga, Grab turut menyertakan sokongan GrabFood. Perkhidmatan tempahan makanan ini juga turut mengutamakan bayaran menggunakan GrabPay.

Melaluinya, pengguna boleh memilih makanan yang ingin dinikmati daripada ribuan rakan kerjasama GrabFood, dan membuat tempahan serta bayaran menggunakan GrabPay. Makanan berkenaan akan dihantar terus kepada pengguna dilokasi yang ditetapkan.

GrabFood turut menawarkan diskaun untuk sejumlah makanan – tetapi ia adalah bergantung kepada promosi yang disediakan oleh pihak Grab sendiri.

Tambah-Nilai Prabayar

Grab Prepaid

Sebagai pengguna talian prabayar, salah satu perkara yang sering dilakukan adalah pembelian kredit tambah-nilai. Melalui GrabPay, perkara ini dipermudahkan lagi, dimana tambah-nilai boleh dilakukan dengan mudah pada bila-bila masa.

Menariknya, kadang-kala akan menerima pulangan wang tunai untuk pembelian tambah-nilai ini, menjadikan kosnya adalah lebih rendah berbanding pembelian di kedai fizikal lain.

Memindah Wang Kepada Rakan Atau Ahli-Keluarga

Salah satu kelebihan menggunakan GrabPay juga adalah kemudahan untuk memindah wang kepada rakan-rakan atau ahli-keluarga yang lain. Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai kredit yang tinggi di GrabPay, anda boleh memindahkan sebahagiannya kepada adik anda untuk digunakan oleh mereka bagi menggunakan perkhidmatan GrabPay serta ekosistem disebaliknya. Tiada sebarang caj dikenakan untuk proses pemindahan wang ini.

Membeli Barangan Runcit

Grab juga turut telah menambah sokongan GrabMart pada aplikasi mereka, sekaligus memudahkan anda membuat pembelian barangan runcit menggunakan GrabPay.

Menariknya juga, barangan yang ditawarkan melalui GrabMart ada kalanya lebih murah berbanding dengan penawaran di kedai fizikal berkenaan sendiri – sekaligus memberikan anda lebih sebab untuk menggunakannya dan membuat pembayaran menggunakan GrabPay.

Membuat Bayaran Nirtunai Di Kedai Fizikal

GrabPay

Selain daripada hanya membuat pembelian dalam aplikasi sahaja, GrabPay turut disokong disejumlah kedai-kedai fizikal diseluruh negara.

Ini bermakna, anda boleh melakukan pembayaran menggunakan GrabPay untuk pembelian fizikal dikedai-kedai yang menerimanya, sekaligus menerima mata ganjaran secara rawak – salah satu perkara yang tidak ditawarkan untuk pembayaran tunai.

Menerima Pulangan Tunai Secara Rawak

Salah satu kelebihan menggunakan GrabPay untuk transaksi adalah ia menawarkan pulangan tunai secara rawak – sekaligus memberikan anda lebih penjimatan selain hanya diskaun yang dipaparkan sahaja. Namun, kami mendapati pulangan tunai ini lebih banyak diberikan untuk penggunaan di kedai fizikal atau ketika membeli kredit tambah-nilai sahaja, dan bukannya ketika menggunakan GrabFood, atau tempahan seru-pandu itu sendiri.

Menerima Mata Ganjaran Untuk Ditebus

Grab Bayar

Satu lagi kelebihan menggunakan GrabPay adalah dimana ia menawarkan sejumlah mata ganjaran, yang mana kemudiannya boleh ditukarkan kepada kredit bagi penggunaan sejumlah perkara, atau digunakan untuk mendapatkan diskaun pembelian beberapa barangan terpilih.

Penutup

Secara kasarnya, antara kelebihan yang kami dapati daripada penggunaan GrabPay adalah lebih kepada ekosistemnya yang tersendiri. Melalui aplikasi sama, pengguna boleh menggunakan kredit di GrabPay untuk tujuan seru-pandu ke destinasi, membuat tempahan makanan, membeli barangan runcit, dan sebagainya. Perkara ini boleh dikatakan salah satu kelebihan pada GrabPay yang tidak terdapat pada beberapa dompet digital lain dipasaran.

Pada masa yang sama, penawaran mata ganjaran dan pulangan wang secara rawak turut memberikan kelebihan untuk dompet digital ini.

Mungkin terdapat beberapa perkara lain yang perlu ditambah-baik pada GrabPay – seperti proses pembayaran di kedai fizikal yang lebih pantas, antaramuka yang lebih ringkas (dengan penambahan ciri baru, beberapa perkara lain menjadi sukar dicapai), dan mungkin juga paparan bentuk perbelanjaan kita secara kasar dan bukan log perbelanjaan semata-mata (salah satu perkara yang ditawarkan melalui aplikasi CIMB EVA). Kami juga berharap agar GrabPay akan menawarkan kemudahan untuk memindahkan kredit daripada dompet digital ke akaun bank tempatan.

Bagi anda sendiri yang menggunakan GrabPay, apa kata anda? Adakah anda akan menebus kredit RM30 program eTunai ke dompet digital ini?



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.