Isteri Mengidam Honda Jazz, Suami Tak Cakap Banyak Terus Pergi Curi Kereta Ketika Sedang Makan di Kedai
Sering kali kita mendengar kisah seorang suami yang sanggup berkorban dan melakukan apa saja demi memenuhi hasrat isteri, asalkan ianya tidak keterlaluan dan menyalahi undang-undang.
Namun lain pula kisahnya yang berlaku ini apabila seorang suami nekad mencuuri kereta jenis Honda Jazz ketika sedang makan di sebuah restoran bersama isterinya.
Kejadian berlaku di Warung Makan Ayam Panggang Lombok Cengis, Kota Semarang, Indonesia.
Apa yang menjadi perhatian, keinginan untuk mencuuri berlaku spontan sehingga lelaki dari Surabaya itu terlupa tentang isterinya sekali gus dia ditinggalkan bersendirian.
Bagaimanapun lelaki berkenaan yang hanya dinamakan sebagai AP, 34, berjaya ditahan polis selepas dua jam kerana mencuuri sebuah Honda Jazz milik Andy Prabowo, 33.
Kisah bermula apabila pelaku, ketika sedang makan bersama isterinya ternampak kunci kereta Honda Jazz milik pelanggan lain yang diletakkan di atas meja.
Ketika itu pemiliknya pergi ke tandas tetapi meninggalkan kunci keretanya begitu sahaja.
Tanpa berfikir panjang, AP terus mengambil kunci tersebut dan memandunya keluar dari restoran.
Polis melakukan pemeriksaan ke atas kereta yang dicuri.
Menurut keterangan kepada pihak polis, AP berkata dia nekad mahu mencuuri kerana isterinya sudah lama mengidamkan sebuah kereta Honda Jazz.
Katanya, ia dilakukan spontan tanpa sebarang perancangan, malah mereka berdua datang ke restoran itu pun dengan memandu kereta sendiri.
” Saya tinggalkan isteri di warung ketika saya sedang membawa sebuah kereta Honda Jazz,” kata AP memetik laporan Tribunjateng.com.
Ketika AP memandu kereta cuuri tersebut, kunci keretanya sendiri ditinggalkan bersama isterinya. Justeru, dia menyuruh isterinya memandu kereta mereka ke satu lokasi yang sudah dijanjikan.
AP mengaku yang isterinya tidak tahu apa-apa mengenai tindakan jnayah yang dilakukannya.
” Isteri saya tak tahu apa-apa. Yang jelas, nanti kami berdua akan bertemu di lokasi yang dijanjikan.
” Saya tak beritahu isteri bahawa saya sedang membawa kereta orang lain. Jadi, saya bawa kereta orang lain, isteri bawa kereta saya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Semarang Utara, Kompol Johan Valentino berkata ketika kejadian, pelaku bersama isterinya sedang bercuti ke Semarang.
Katanya, tindakan AP terus viral di media sosial kerana sempat dirakam CCTV di restoran tersebut selain mangsa segera membuat laporan polis.
” Isteri pelaku terkejut, tidak menyangka suaminya nekad mencuuri kereta,” katanya.
Suspek akan didakwa melakukan kecuurian dan berdepan hkuman pnjara sehingga lima tahun.
Sumber: https://ift.tt/2NeOwbm
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment