Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gara-gara Ditegur, Pelajar Tingkatan 3 Tergamak Hempas Guru Ke Lantai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gara-gara Ditegur, Pelajar Tingkatan 3 Tergamak Hempas Guru Ke Lantai



SONG: Hanya kerana menegur seorang pelajar yang menunggang motosikal tanpa lesen ke sekolah, seorang guru lelaki telah ditumbuk dan dihempas pelajar berkenaan ke lantai.

Kejadian berlaku di sebuah sekolah menengah di Song, Kapit, Sarawak.

Ketua Polis Daerah Song, Deputi Superintendan, Rowney Michael Jalak berkata, dalam kejadian sekitar jam 11.50 pagi itu, suspek yang berusia 15 tahun dilaporkan tidak berpuas hati terhadap teguran guru tersebut.


"Pelajar tingkatan tiga terbabit juga bertindak mengangkat serta menghempas guru bersaiz tubuh kecil berkenaan ke lantai sehingga pengadu mengalami luka di kepala dan tangan sebelah kiri.

"Suspek juga naik hantu dan membelasah guru yang bersaiz tubuh kecil sehingga lebam di pipi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya kejadian itu disaksikan oleh seorang lagi guru yang kemudian bertindak meleraikan keadaan tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sumber: Astro Awani


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.