Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Akan Menamatkan Sokongan Chrome Apps Untuk Windows, Mac Dan Linux Pada Tahun 2020 Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Akan Menamatkan Sokongan Chrome Apps Untuk Windows, Mac Dan Linux Pada Tahun 2020 Ini


Google hari ini telah berkongsi kemaskini berkaitan dengan perancangan mereka untuk Chrome Apps. Melalui apa yang dikongsikan, Google kini telah mengumumkan mereka akan menamatkan sokongan untuk Chrome Apps secara berperingkat bermula tahun ini.

Untuk makluman, Chrome Apps merupakan aplikasi pada pelayar web Chrome – yang membolehkan pengguna melakukan sejumlah tugasan seumpama menggunakan perisian biasa pada komputer mereka. Dengan perkembangan arena web hari ini, penggunaan Chrome Apps dilihat agak kurang relevan lagi, sekaligus membuatkan Google untuk menamatkan sokongan untuknya.

Perubahan ini tidak memberikan sebarang impak kepada Chrome Extensions – iaitu pemalam untuk pelayar web Chrome yang memudahkan sejumlah tugasan ketika anda melayari web.

Untuk Chrome Apps sendiri, Google akan berhenti menerima aplikasi baru ke Chrome Web Store bermula Mac 2020 ini. Sokongan untuk pengguna biasa bagi Chrome Apps di Windows, Linux dan Mac akan ditamatkan pada Jun 2020 kelak, sementara untuk pengguna perusahaan dan pendidikan pada Disember 2020.

Google akan menamatkan sepenuhnya sokongan Chrome Apps untuk Chrome OS pada Jun 2021 kelak, dan untuk pengguna perusahaan dan pendidikan pada Jun 2022.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.