Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sekitar 200,000 Permohonan eTunai Telah Diterima Sehingga Tengah Hari Semalam – Kredit RM30 Untuk Dompet Digital - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sekitar 200,000 Permohonan eTunai Telah Diterima Sehingga Tengah Hari Semalam – Kredit RM30 Untuk Dompet Digital


Kerajaan telah pun memulakan program eTunai dalam mengalakkan transaksi secara nirtunai dikalangan pengguna tempatan. Untuk tujuan berkenaan, tiga dompet digital telah dipilih, iaitu Boost, GrabPay adn juga Touch ’n Go – sekaligus memberikan rakyat Malaysia yang terpilih sebanyak RM30 untuk dibelanjakan melaluinya.

Permohonan untuknya telah dimulakan sejak semalam – 15 Januari 2020, yang memperlihatkan sekitar 200,000 permohonan diterima sehingga tengah hari semalam. Daripadanya, sebanyak 160,000 permohonan telah pun disahkan dan pengguna telah mula menerima kredit ke dompet digital mereka.

Sambutan yang diterima dikalangan pengguna dilihat sangat mengalakkan. Apa pun, terdapat dompet digital yang tidak dapat menampungnya, dan menghadapi masalah teknikal. Salah satunya adalah Touch ’n Go yang mana dilihat menghadapi masalah teknikal – sekaligus membuatkan pengguna sukar untuk menebus kredit melalui dompet digital berkenaan.

Untuk menerima kredit RM30 ini melalui dompet digital berkenaan, pengguna mestilah seorang rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas, dan berpendapatan kurang RM100,000 setahun.

Bagi anda sendiri, sudahkah anda menebusnya? Apakah dompet digital yang menjadi pilihan anda untuk menebusnya?



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.