Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Dilaporkan Mungkin Hadir Dengan iPhone Berskrin Besar Pada Harga Lebih Mesra Poket - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Dilaporkan Mungkin Hadir Dengan iPhone Berskrin Besar Pada Harga Lebih Mesra Poket


Apple sebelum ini telah diperkatakan bakal hadir dengan iPhone pada harga yang mesra poket, dinamakan iPhone 9. Telefon pintar berkenaan pada awalnya dikatakan mungkin diperkenalkan pada penghujung Mac ini, tetapi telah pun ditangguhkan disebabkan penularan wabak Covid-19.


Terbaru, selain daripada model yang dikatakan sebagai iPhone 9 berkenaan, hadir laporan baru mengatakan Apple mungkin turut akan hadir dengan variasi “Plus” untuknya, iaitu iPhone 9 Plus.

Info terbaru ini hadir melalui rujukan kod pada iOS 14, mengatakan Apple mungkin turut hadir dengan iPhone 9 Plus bersaiz 5.5-inci. Langkah ini sekaligus akan membolehkan orang ramai mendapatkan model iPhone dengan skrin besar – salah satu perkara yang mungkin sinonim dikalangan ramai pengguna telefon pintar buat pertama kalinya.

iPhone 9 Plus ini dijangka akan mengekalkan penggunaan Touch ID seperti pada iPhone 8 Plus sebelum ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Apple akan melancarkannya secara rasmi kedua-dua model iPhone 9 dan iPhone 9 Plus ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.