Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rekaan Telefon Lenovo Legion Tertiris – Bakal Hadir Dengan Pelbagai Aksesori Gaming Tambahan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rekaan Telefon Lenovo Legion Tertiris – Bakal Hadir Dengan Pelbagai Aksesori Gaming Tambahan


Lenovo akan akhirnya melancarkan telefon pintar khusus untuk gaming selepas bertahun mendominasi pasaran komputer riba gaming dunia. Tarikh pelancaran telefon pintar Lenovo Legion ini masih lagi misteri tetapi rekaannya telah tertiris beberapa hari yang lalu lengkap dengan kesemua aksesori yang bakal disertakan.

Tidak mengejutkan di sini ialah Legion mengikut langkah Asus ROG dengan menyertakan aksesori alat kawalan fizikal, kerangka khas dan apa yang kelihatan seperti fon telinga nirwayar. Panel belakang mempunyai logo Legion yang berLED warna merah. Kemungkinan besar kesemua aksesori ini akan ditawarkan dalam berkas khas untuk kegunaan peminat permua tegar.

Beberapa imej acah yang turut telah dikongsi mengesahkan sistem penyejukan yang lain daripada yang lain, penggunaan cip Snapdragon 865 dan sistem pengecasan 55W. Dengan pelancarannya kelak, semakin banyak peranti gaming dengan kemampuan yang menakjubkan bakal dipasarkan tahun ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.