Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kewujudan Peranti Redmi K30 Pro Zoom Edition Disahkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kewujudan Peranti Redmi K30 Pro Zoom Edition Disahkan


Awal bulan, kami melaporkan yang pihak XDA telah menemui kewujudan peranti baru Redmi dalam kod MIUI 11 versi China. Peranti ini adalah Redmi K30 Pro Zoom Edition dan Redmi 10X 4G. Tahun ini, Redmi sudah pun melancarkan peranti baharu mereka – Redmi K30 4G dan Redmi K30 5G. Ia adalah peranti kelas pertengahan dengan skrin 120Hz LCD paling murah, sokongan 5G dan juga rekaan serba baharu. Kemudian Redmi K30 Pro dijangka akan dilancarkan pad sekitar bulan ini.

Redmi K30 Pro Zoom Edition ini dengan jelas ia akan memfokuskan kepada kemampuan zum yang lebih baik berbanding K30 Pro biasa. Ini bermakna, ia mungkin akan menyertakan lensa telefoto yang hebat atau mungkin juga kamera periskop. Kewujudan peranti ini telah pun disahkan oleh Lu Weibing sendiri melalui satu siaran di Weibo yang diterjemah “tukarlah peranti baru”. Siaran ini dilakukan melalui peranti Redmi K30 Pro Zoom Edition.

Tiada informasi lanjut mengenai peranti ini dan bila ia akan dilancarkan. Tetapi ia mungkin akan dilancarkan secara atas talian bersama-sama dengan Redmi K30 Pro biasa. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.