OnePlus Akan Memperlihatkan Logo Baharu Untuk Identiti Jenama Mereka
OnePlus mula meraih populariti dengan peranti OnePlus One. Peranti ini boleh dikatakan adalah pembunuh peranti mercu pertama yang wujud di muka bumi ini. Ketika itu peranti ini bersaing dengan peranti seperti Xperia Z3 dan Galaxy S4. Tahun demi tahun, OnePlus semakin berkembang dan mereka mendakwa yang mereka memainkan peranan besar dalam industri teknologi. Ramai kenali OnePlus dengan logo berwarna merah, iaitu nombor satu yang dikelilingi dengan sejenis kotak selain dengan slogan kata “Never Settle”.
Bermula esok iaitu 18 Mac 2020, OnePlus akan memperlihatkan logo baharu mereka bagi menyegarkan semula visual identiti jenama OnePlus. Logo baharu ini dilihat lebih mudah dibaca dengan font seakan Slate yang lebih dekat dengan tulisan Akzidenz-Grotesk. Rekaan seperti ini sudah pun dilihat pada poster-poster dan bahan promosi untuk OnePlus 7T. Malah pada kotak OnePlus 7T juga menggunakan font yang sama.
Imej yang diperlihatkan dalam forum mereka sudah pun mengacah rekaan logo baharu. Kemudian, di pangkalan data tanda dagang China – logo OnePlus baharu sudah pun diperlihatkan. Ia menggunakan warna hitam dan putih dengan penggunaan font berbeza. Kita akan ketahui lebih lanjut pada esok hari. Mana tahu, kita turut akan tahu tarikh pelancaran siri OnePlus 8? Sama-sama kita nantikan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment