Hi! Welcome Back and Stay Tune! Chromecast Ultra Generasi Kedua Akan Hadir Dengan Android TV Terbina - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Chromecast Ultra Generasi Kedua Akan Hadir Dengan Android TV Terbina


Chromecast adalah fungsi cast skrin peranti ke paparan kedua seperti televisyen, paparan skrin atau juga projektor. Google Chromecast pula adalah alat untuk memastikan peranti Android atau iOS boleh cast ke paparan lain. Kadangkala, Chromecast tidak diperlukan kerana televisyen pintar atau Android TV sudah mempunyai chromecast terbina.

Chromecast Ultra adalah gajet casting skrin yang mahal dari Google. Ia mampu cast resolusi 4K. Sudah empat tahun Chromecast Ultra dilancarkan dan masih tiada pengganti. Sedangkan Chromecast biasa yang lebih murah sudah sampai ke generasi yang ketiga.

Chromecast Ultra

Terkini, 9505Google melaporkan yang Google akan hadir dengan Chromecast Ultra generasi baharu. Menariknya ia bukan sekadar untuk cast, sebaliknya akan mempunyai Android TV terbina dan juga sokongan kawalan menggunakan alat kawalan jauh. Chromecast Ultra baharu ini juga akan menyokong penstriman kandungan 4K HDR, seruan Google Assistant pada alat kawalan jauh, dan banyak lagi fungsi yang sama pada Android TV.

Sistem Android TV pada Chromecast Ultra ini mungkin akan mengikuti kit pembangun Android TV ADT-3 yang dijual pada bulan lepas. Tetapi, Chromecast Ultra yang baru ini mungkin adalah versi akhir dan adalah untuk jualan umum. Rekaan dikatakan adalah lebih kurang sama sahaja. Harga? Mengenali Google, ia mungkin akan mahal dan akan bersaing dengan NVIDIA Shield TV.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.