Hi! Welcome Back and Stay Tune! iPhone Mungkin Akan Menyokong Talam Aplikasi Pada iOS 14 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

iPhone Mungkin Akan Menyokong Talam Aplikasi Pada iOS 14


Perbezaan paling ketara di antara Android dan iOS ialah penggunaan talam aplikasi. Pada Android aplikasi yang dipasang boleh disusun kemas pada muka hadapan (home) dan juga di dalam talam aplikasi. Di iOS sejak versi pertama aplikasi terus dipaparkan pada muka hadapan yang menyebabkan proses menyusun ikon menjadi sedikit leceh.

Tetapi pada iOS 14 kelak ini mungkin akan berubah dengan ciri seakan talam aplikasi bakal diberikan. Menurut 9to5Mac yang mendapat maklumat awal mengenai iOS 14, sistem operasi ini kelak akan mempunyai ciri paparan dalam bentuk senarai. Ia adalah ciri yang sama seperti List View yang disokong pada WatchOS bagi memudahkan proses melihat kesemua aplikasi pada skrin Apple Watch.

Dengan ciri ini pengguna dapat melihat aplikasi yang terpasang mengikut susunan abjad, kekerapan penggunaan dan yang mempunyai notifikasi yang belum dibaca. Susunan mengikut kekerapan amat berguna untuk melihat aplikasi yang paling jarang digunakan sekaligus boleh dinyahpasang.

Turut ditemui ialah integrasi dengan Siri yang lebih mendalam. Peranti akan memaparkan aplikasi yang mungkin diperlukan berdasarkan lokasi pengguna. Sebagai contoh apabila mengesan pengguna berada di kawasan parkir, aplikasi navigasi GPS dan muzik mungkin akan diletakkan di atas skrin senarai kerana ia paling relevan untuk digunakan,



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.