Hi! Welcome Back and Stay Tune! OnePlus Mengesahkan Peranti Akan Datang Mereka Bakal Tersedia Dengan Sokongan 5G - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

OnePlus Mengesahkan Peranti Akan Datang Mereka Bakal Tersedia Dengan Sokongan 5G


5G merupakan salah satu perkara yang diperkatakan hangat oleh ramai pihak sejak daripada tahun lepas. Beberapa negara telah pun dalam persediaan untuk memperkenalkan rangkaian 5G – termasuk Malaysia sendiri yang dijangka memperkenalkannya secara komersil menjelang penghujung tahun ini.

Selari dengannya, sejumlah pengeluar peranti turut telah mula memperkenalkan produk mereka dengan sokongan rangkaian 5G secara terbina.

Pihak OnePlus turut tidak ingin ketinggalan, dan kini telah mengumumkan yang mana pelancaran produk mereka seterusnya akan dilengkapi dengan sokongan 5G secara terbina.

Ini sekaligus mengesahkan pelbagai laporan sebelum ini yang mengatakan OnePlus 8 akan dilengkapi sokongan rangkaian 5G padanya.

Buat masa ini, OnePlus tidak mengumumkan lagi bilakah mereka akan melancarkan OnePlus 8. Menurut beberapa desas-desus, OnePlus dijangka memperkenalkannya sekitar bulan April ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.