Hi! Welcome Back and Stay Tune! 12,000 Unit Surface Go 2 Diedarkan Kepada Pelajar Sekolah Di Shibuya, Jepun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

12,000 Unit Surface Go 2 Diedarkan Kepada Pelajar Sekolah Di Shibuya, Jepun


Microsoft Surface Go 2 baru sahaja dilancarkan pada dua minggu lepas. Ia mengekalkan rekaan asal dengan bezel yang lebih nipis, memberikan prestasi 64% lebih baik, kekal menyokong Surface Pen dan masih dijual pada harga berpatutan. Tablet hibrid ini dikatakan ingin bersaing dengan iPad dengan menawarkan sokongan Windows versi penuh yang mana  boleh memasang aplikasi tahap desktop seperti Photoshop dan sebagainya.

Terkini, tablet ini akan diedarkan kepada pelajar-pelajar sekolah di Shibuya, Jepun di bawah program kurikulum Global Innovation and Gateway for All (GIGA) School dari kementerian pendidikan Jepun. Terdapat 12,000 unit tablet ini akan diedarkan kepada 26 sekolah bermula bulan September ini. Menariknya, tablet ini bukan sahaja untuk digunakan di sekolah – tetapi turut boleh di bawa pulang ke rumah. Bersama-sama dengan Surface Go 2, Microsoft turut menyediakan Microsoft Classroom Pen dan Microsoft 365 A5 untuk kegunaan pembelajaran.

Bersama-sama dengan penggunaan tablet ini juga, ia menjadikan sekolah-sekolah di Shibuya, Jepun lebih ke arah dunia moden dengan teknik pembelajaran berteknologi tinggi berbanding sebelum ini yang masih menggunakan teknik lapuk.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.