Hi! Welcome Back and Stay Tune! Datuk Seri Mukhriz Dan Datuk Marzuki: Kalau Dah Tahu PH Bermasalah Mengapa Masih Mahu Kembali Kepadanya? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Datuk Seri Mukhriz Dan Datuk Marzuki: Kalau Dah Tahu PH Bermasalah Mengapa Masih Mahu Kembali Kepadanya?


Kamarul Yusoff
Seperti ramai yang lain, saya juga telah mendengar, malah membuat transkripsi, ke atas audio rakaman Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 21 Februari lalu.
Antara yang menarik perhatian saya adalah hakikat bahawa individu yang mula menyebarkan audio rakaman Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan ini di dalam Group WhatsApp Biro Komunikasi AMANAH adalah Musaddiq Khalid, anak kepada Khalid Samad. Terus timbul pertanyaan: Dari manakah Musaddiq mendapat audio rakaman yang dikira sebagai sulit ini, apakah beliau mendapatnya dari ayah beliau, Khalid Samad, yang menghadirinya?
Sangat menarik mendengar pengakuan para pemimpin Pakatan Harapan di dalam audio rakaman Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang sepanjang 2 jam 24 minit itu bahawa mereka sedang menghadapi masalah kemerosotan sokongan rakyat yang sangat serius.
Telitilah sahaja pengakuan dan kebimbangan Datuk Seri Mukhriz ini:
“Keadaan sebelum dan sejurus selepas PRU 14 dan sekarang sangat-sangat berbeza, sentimen-sentimen rakyat saya sangat-sangat bimbang, bukannya setakat keputusan PRK-PRK yang kita kalah tetapi bagi saya di Kedah sekalipun bila saya berjumpa dengan rakyat nampak daripada wajah mereka itu sokongan tak sama macam dulu, dan ini dari kalangan orang yang dulu mengundi kita, menyokong kita, berkempen untuk kita, sanggup berjuang macam-macam berkorban macam-macam untuk kita, kali ini dah ada dah kenyataan-kenyataan ‘dulu kami sokong Pakatan Harapan sekarang ini walaupun Pakatan Harapan kerajaan tunggulah PRU nanti kami tahulah apa nak buat’, jadi ayat-ayat macam ini sangat membimbangkan.”
Begitulah juga dengan pengakuan dan kebimbangan Datuk Marzuki ini:
“Dan saya pun tadi amat tidak bersetuju jugak bila kita beranggapan bahawa PAS dan UMNO memain peranan yang besar, sebenarnya kita harus cermin diri kita dulu kerana masalahnya banyak berlaku dalaman kita, dan hari ini memang rakyat telah hilang keyakinan kepada Pakatan Harapan bukan dari segi soal transition sahaja, transition ini saya rasa bukan satu perkara yang besar, yang rakyat melihat kita ini hari adalah kerana masalah pentadbiran dan jugak kehidupan rakyat hari ini, tetapi kita tidak langsung menghiraukan tentang masalah ini.”
Yang tidak boleh saya hadam ialah mengapa setelah Datuk Seri Mukhriz dan Datuk Marzuki mengakui bahawa Pakatan Harapan sedang menghadapi masalah kemerosotan sokongan rakyat yang sangat serius, tiba-tiba sekarang ini mereka bersungguh-sungguh mahu membawa BERSATU kembali kepada Pakatan Harapan. Terus timbul pertanyaan: Tidakkah membawa BERSATU kembali kepada Pakatan Harapan dalam keadaan Pakatan Harapan sedang menghadapi masalah kemerosotan sokongan rakyat yang sangat serius seperti langkah membunuh diri?
Begitu juga saya tidak boleh hadam mengapa setelah Datuk Seri Mukhriz, Datuk Marzuki dan Syed Saddiq bertegang leher dengan pemimpin-pemimpin AMANAH seperti Khalid Samad dan Datuk Seri Dr Mujahid, pemimpin-pemimpin DAP seperti Gobind Singh dan Liew Chin Tong serta pemimpin-pemimpin PKR seperti Datuk Seri Saifuddin Nasution yang bersuara lantang mahukan peralihan kuasa Perdana Menteri dari Tun Dr Mahathir ke Datuk Seri Anwar ditetap atau disegerakan, tiba-tiba sekarang ini mereka bersungguh-sungguh mahu membawa BERSATU kembali kepada Pakatan Harapan yang jelas mahu menyingkirkan Tun Dr Mahathir ini?
Apa pun, satu perkara yang jelas adalah hakikat bahawa, walaupun Tan Sri Muhyiddin dituduh sebagai tamak kuasa, termasuk oleh pemimpin-pemimpin seperti Datuk Seri Mukhriz, Khalid Samad dan Liew Chin Tong, audio rakaman Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan ini membuktikan bahawa Tan Sri Muhyiddin bukanlah sebegitu, sebaliknya ia mendedahkan bahawa Tan Sri Muhyiddin sangat setia kepada Tun Dr Mahathir di mana beliau antara lainnya:
(1) Menyebut tidak berapa adil kepada Tun Dr Mahathir bila desakan-desakan yang berterusan dibuat supaya Tun Dr Mahathir menetap atau menyegerakan peralihan kuasa serta meminta agar keadaan ditenteramkan dan desakan-desakan ini dihentikan.
(2) Menyebut, bagi beliau dan BERSATU, Tun Dr Mahathir perlu kekal sebagai Perdana Menteri selagi mana Tun Dr Mahathir masih berupaya dan mampu, dengan ayat terang disebut oleh beliau ialah “kami di sini dari BERSATU kata, ‘continue, Sir, for as long as you can serve’, itu yang penting bagi kita, dan saya fikir Perdana Menteri masih berupaya dan mampu”.


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.