Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mozilla Merancang Menamatkan Sokongan Flash Pada Firefox Menjelang Penghujung 2020 Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mozilla Merancang Menamatkan Sokongan Flash Pada Firefox Menjelang Penghujung 2020 Ini


Pelbagai pembangun pelayar web telah mula menamatkan sokongan Adobe Flash pada tahun 2020 ini, dan kini pihak Mozilla turut mengumumkan mereka akan menamatkan sokongan Flash pada Firefox menjelang Disember 2020 kelak.

Mozilla dijangka akan membuang sokongan Flash sepenuhnya pada versi Firefox 84 yang dijadualkan pada Disember 2020 ini. Bermula daripada Firerox 84, tiada lagi sokongan Flash akan disertakan pada pelayar web keluaran Firefox ini.

Langkah ini juga selari dengan sokongan Adobe Flash yang telah mula dihentikan secara berperingkat, dan pihak Adobe sendiri telah menyatakan tidak akan menawarkan kemaskini sekuriti untuk Adobe Flash bermula 2021 kelak.

Buat masa ini, sokongan Flash tidak diaktifkan pada pelayar web Firefox, tetap pengguna masih boleh mengaktifkannya secara manual ketika melayari sesuatu laman web.

Selain Mozilla, pihak Google turut merancang untuk membuang sokongan Flash pada Chrome menjelang Januari 2021 kelak.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.