Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penjara 3 tahun jika tak pakai topeng di Qatar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penjara 3 tahun jika tak pakai topeng di Qatar


Umat Islam memakai topeng selepas menunaikan solat di Masjidil Haram di Makkah. (Gambar AP)
DOHA: Qatar mula melaksanakan hukuman paling berat di dunia, iaitu penjara sehingga 3 tahun atau denda AS$55,000 (RM239,343.50) jika tidak memakai topeng di tempat awam, dalam usaha membendung penularan Covid-19.
Lebih 30,000 orang disahkan positif Covid-19 di negara kecil Teluk itu – 1.1% daripada 2.75 juta penduduk – walaupun ia hanya mencatatkan 15 kematian setakat ini.
Pemandu bersendirian dalam kenderaan mereka dikecualikan daripada syarat itu, tetapi beberapa ekspatriat memberitahu AFP, polis memberhentikan kereta di pusat pemeriksaan untuk memaklumkan peraturan baru itu sebelum ia dikuatkuasakan.
Kira-kira 50 negara mewajibkan pemakaian topeng ketika ini, walaupun saintis berbelah bahagi mengenai keberkesanannya.
Ia adalah satu kesalahan di Chad dengan individu tidak memakai topeng di tempat awam boleh dihukum penjara 15 hari.
Di Maghribi, peraturan sama turut dilaksanakan dengan hukuman penjara 3 bulan dan denda sehingga 1,300 dirham (RM1,540.26).
Pihak berkuasa Qatar memberi amaran perhimpunan ketika bulan Ramadan mungkin meningkatkan jangkitan Covid-19.
Khamis lalu, Abdullatif al-Khal yang mengetuai Jawatankuasa Kesiapsiagaan Pandemik Qatar, berkata terdapat “risiko besar dalam perhimpunan keluarga” untuk berbuka puasa ketika Ramadan.
“(Ia) menyebabkan peningkatan ketara dalam jumlah rakyat Qatar yang dijangkiti virus itu.”
Negara jiran Arab Saudi akan menguatkuasakan perintah berkurung selama 5 hari ketika sambutan Hari Raya akan datang dalam usaha membendung penularan koronavirus.
Masjid, sekolah, pusat beli-belah dan restoran di Qatar masih ditutup bagi mengekang penularan Covid-19.
Tetapi, tapak pembinaan masih dibuka ketika Qatar bersiap sedia menganjurkan Piala Dunia 2022, walaupun mandur dan pemeriksa kerajaan cuba mengamalkan penjarakan sosial.
Pihak berkuasa berkata, pekerja di 3 stadium disahkan positif Covid-19 dan pemakaian topeng diwajibkan bagi pekerja binaan sejak 26 April lalu.
Puluhan ribu buruh asing dikuarantin di kawasan perindustrian di Doha selepas sejumlah kes positif dicatatkan pada pertengahan Mac lalu, tetapi kini pihak berkuasa mula melonggarkan sekatan.
Khal berkata, kebanyakan kes baru membabitkan pekerja asing, walaupun terdapat lonjakan kes dalam kalangan rakyat Qatar.
Katanya, negara itu belum mencapai kemuncak penularan Covid-19. - FMT


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.