Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kit Skrin Penghadang Ini Memudahkan Proses Pembatasan Sosial Dalam Pesawat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kit Skrin Penghadang Ini Memudahkan Proses Pembatasan Sosial Dalam Pesawat


Wabak koronavirus Covid-19 adalah perkara yang amat serius. Semua orang harus menurut perintah kerajaan dalam hal PKPB, menjaga kesihatan, memakai topeng muka, menggunakan cecair pencuci tangan atau juga menjaga jarak antara satu sama lain. Walaupun beberapa negara sudah tidak lagi diperintahkan untuk berkurung seperti Malaysia, itu tidak bermakna hidup boleh kembali norma seperti pra-Covid-19,

Sebentar tadi sudah kami laporkan mengenai Itali yang menggunakan sistem grid penjagaan jarak sosial di kawasan bandar mereka. Terkini, Factorydesign selaku syarikat perundingan penerbangan telah mencadangkan untuk setiap pesawat turut mengimplementasikan penjagaan jarak sosial. Mereka memfokuskan untuk kapal terbang kelas ekonomi, yang mana setiap tempat duduk adalah rapat. Bagaimana? Factorydesign telah merekabentuk satu kit pembahagi sementara, yang boleh dipasang pada mana-mana kapal terbang. Ianya tidak kekal dan boleh ditanggalkan pada bila-bila masa sahaja.

Cara penggunaan kit ini adalah dengan tidak menjual tempat duduk di bahagian tengah untuk kapal terbang yang sebaris mempunyai tiga tempat duduk.Kit ini akan mengubah tempat duduk tersebut sebagai pembahagi. Pembahagi ini adalah sejenis skrin lut cahaya yang akan ditampung oleh tempat letak tangan dan dipasang menggunakan tali pinggan tempat duduk tersebut.

Kit ini turut direka untuk mempunyai ruang simpanan untuk menyimpan topeng muka, cecair pencuci tangan dan pelbagai lagi.Pembahagi ini turut mempunyai beberapa pilihan lain selain dari jenis lut cahaya dan semua pilihan dibina dari bahan yang diiktiraf. Pembahagi ini boleh digunakan sebagai yang diperlihatkan dalam gambar atau sebagai tingkap yang fleksibel.

Kit ini dikatakan sudah pun dalam pembangunan dan adalah satu jalan penyelesaian sementara. Untuk versi yang terus kekal dipasang selama-lamanya tidak mustahil untuk dihasilkan. Mungkin dengan kit ini, kelak kita akan lebih selamat untuk terbang ke mana sahaja. Oh ya, sebelum ini kami juga pernah melaporkan mengenai Janus – iaitu kerusi pesawat penumpang untuk pembatasan sosial. Tetapi itu adalah rekaan yang mana kerusi tersebut perlu dipasang secara kekal pada sesebuah pesawat.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.