Hi! Welcome Back and Stay Tune! OPPO A92 – Telefon Pintar Bawah RM1200 Dengan Pelbagai Fungsi Yang Saling Melengkapi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

OPPO A92 – Telefon Pintar Bawah RM1200 Dengan Pelbagai Fungsi Yang Saling Melengkapi


Pada masa kini, telefon pintar bukan sahaja digunakan sebagai alat komunikasi. Malah ia juga telah menjadi satu keperluan kepada semua pengguna untuk jadikannya sebagai kamera mesra poket dan hiburan secara nirwayar. Bagi OPPO sendiri, mereka telah melancarkan telefon pintar terbaru yang dilengkapi dengan spesifikasi lengkap dan berbaloi untuk anda yang sedang mencari telefon pintar pada harga bawah RM1200. Telefon pintar ini dikenali sebagai OPPO A92.

1. Rekaan Skrin Yang Besar Memberikan Pengalaman Tontonan Yang Lebih Mendalam

Kita mulakan dengan rekaan bagi OPPO A92 ini terlebih dahulu. Telefon pintar ini membawakan rekaan dengan skrin nisbah ke badan seluas 90.5% yang mana skrin paparannya adalah berukuran 6.5 inci skrin manakala bezelnya pula senipis 1.73mm sahaja. Ini menjadikan paparan anda lebih luas sekaligus membolehkan anda untuk mendapatkan pengalaman tontonan yang lebih mendalam.

OPPO A92 ini juga dilengkapi dengan paparan 1080 Neo-Display yang dikatakan dapat membantu peranti untuk menghasilkan penggunaan bateri yang lebih rendah dan menjaga kesihatan mata anda. Ini adalah kerana, telefon pintar ini dibantu oleh teknologi AI yang mana algoritma skrin ini akan melaraskan kecerahan skrin sehingga 480 nits secara automatik. Ini membolehkan anda untuk melihat dan membaca skrin dengan lebih selesa walaupun anda berada di bawah cahaya matahari yang terang.

Tambahan pula, telefon pintar ini menerima pengiktirafan daripada TuV Rheinland dimana mod penjagaan matanya akan mengurangkan kadar pencahayaan biru pada skrin yang dikatakan akan memudaratkan kesihatan mata anda. Oleh itu, anda kini tidak perlu risau untuk menonton tayangan video atau bermain permua dalam tempoh masa yang lama, kerana skrin telefon pintar ini telah mengurangkan cahaya birunya dan memberi keselesaan untuk penglihatan anda.

2. Sistem Kuad-Kamera Dengan Kebolehan Rakaman Yang Baik

OPPO A92 ini dijana dengan cip pemprosesan daripada Qualcomm, iaitu Snapdragon 665. Ia merupakan cip pemprosesan yang dibantu oleh teknologi AI untuk menambaik baik prestasi penggunaan telefon pintar, kamera, keselamatan dan juga prestasi permainan. Melalui penawaran cip ini juga, ia membolehkan pengeluar peranti hadir dengan telefon pintar dengan pelbagai penawaran menarik, termasuk menggunakan sensor kamera 48-megapixel.

Bagi OPPO A92 ini, ia dilengkapi dengan empat kamera gabungan 48MP untuk lensa utama, 8MP untuk sudut ultra lebar, 2MP untuk rakaman monokrom, dan 2MP untuk rakaman bokeh. Sistem kamera utama ini telah disusun kepada bentuk huruf C. Bagi kamera hadapannya pula, ia hadir dengan lensa kamera swafoto 16MP yang dibantu oleh teknologi AI dan diletakkan di dalam lubang kecil di hadapan skrin peranti.

Lensa 48MP pada OPPO A92 ini dilengkapi dengan bukaan aperture f/1.7 yang mana ia dikatakan mampu untuk menghasilkan gambar yang lebih jelas dan pewarnaan yang jitu tanpa perlu risau kadar pencahayaan di persekitaran anda samaada terlalu cerah atau gelap. Ini adalah kerana ia turut dilengkapi dengan fungsi Ultra Clear Night Mode 2.0 yang akan mengawal pencahayaan pada gambar agar cahaya tidak terlalu berlebihan apabila persekitaran sangat cerah dan jelas walaupun berada di kawasan gelap.

Lensa 8MP untuk rakaman sudut ultra lebar pada telefon pintar ini mampu untuk memuatkan lebih banyak subjek di dalam satu rakaman gambar. Hal ini adalah disebabkan lensa ini mampu untuk merakam sudut ultra lebar seluas 119 darjah. Dengan fungsi seakan kamera professional ini, anda boleh memuatkan pelbagai subjek di dalam gambar tanpa perlu berganjak lebih jauh daripada posisi. Bukan sekadar itu sahaja, OPPO A92 ini juga hadir dengan fungsi kecantikkan yang dibantu oleh teknologi AI. Melaluinya, ia akan membantu anda untuk mendapatkan rakaman yang lebih cantik dan sesuai dengan subjek di dalam gambar.

Dari segi rakaman videonya pula, OPPO A92 menawarkan fungsi Video Anti-Shake yang mana melalui fungsi ini, ia dapat menghasilkan rakaman yang lebih stabil dan akan mengurangkan kesan gegaran. Kamera OPPO A92 ini juga bukan sahaja menyokong untuk membuat rakaman sudut ultra lebar dan video gerak perlahan pada kadar 120fps, malah ia juga menyokong untuk membuat rakaman pada resolusi 4K.

OPPO A92 ini juga menawarkan fungsi Soloop yang membolehkan anda untuk menyunting video mengikut kreativiti anda. Melaluinya, anda boleh memilih pelbagai penuras (filter) video yang anda ingin hasilkan seperti juru video -juru video professional. Fungsi ini juga berkebolehan untuk menggabungkan gambar dan video dalam satu klip yang sama, mengubah kelajuan video, dan menyunting mengikut rentak lagu secara automatik yang boleh didapati melalui sokongan muzik pihak ketiga.

3. Kehadiran Pembesar Suara Stereo Memberikan Pengalaman Tontonan Yang Mengasyikkan

Untuk pengetahuan anda, OPPO A92 ini juga dilengkapi dengan pembesar suara stereo pada bahagian atas dan bawah peranti. Dengan lokasi pembesar suara seperti ini, audio dapat dihasilkan dengan lebih kuat dan menyeluruh. Malah, anda juga boleh melaraskan bunyi treble, alto dan bass mengikut keselesaan telinga anda dengan mudah.

Teknologi Dirac 2.0 Sound Effect pada telefon pintar ini juga akan membantu anda untuk mendapatkan pengalaman tontonan dengan audio yang lebih mendalam. Hal ini adalah kerana fungsi ini akan menukar kesan bunyi untuk muzik, video, permua dan audio yang lain kepada kesan yang bersesuaian dengan senario audio tersebut. Jadi, ia sedikit sebanyak memudahkan anda untuk mendapatkan pengalaman tontonan, paparan video dan permainan yang lebih mengasyikkan.

4. Kapasiti Memori Dan Storan Yang Cukup Besar Untuk Menyimpan Pelbagai Fail

Prestasi telefon pintar yang lancar juga bergantung kepada saiz memori dan storan yang disokong. Sekiranya memori dan storan yang ditawarkan adalah besar, semakin lancarlah prestasi telefon pintar tersebut. Malah, sekiranya anda ingin bermain permua, menonton tayangan video atau juga bermain sosial media, tatalan dan paparan tidak akan mengalami sebarang masalah lengah masa.

Bagi OPPO A92 sendiri, telefon pintar ini dilengkapi dengan penawaran memori 8GB bersama storan 128GB. Menurut OPPO, dengan penawaran memori dan storan sebesar ini, prestasi pembacaan dikatakan telah ditambah baik sebanyak 61%. Ini sekaligus membolehkan anda untuk memuat turun pelbagai aplikasi, fail, atau tayangan video tanpa menjejaskan prestasi penggunaan peranti. Bahkan, anda juga boleh menyimpan pelbagai gambar dan video dalam kapasiti yang besar. Dengan penawaran memori dan storan sebesar ini juga, ia tidak menimbulkan sebarang masalah lengah masa apabila dua aplikasi diaktifkan dalam satu masa yang sama.

5. Kapasiti Bateri Yang Besar Bersama Sokongan Pengecasan Pantas

Janaan cip Snapdragon 665 pada telefon pintar ini juga membantu pengguna untuk mengurangkan penggunaan bateri sesuatu peranti. Jadi, tidak hairanlah sekiranya bateri OPPO A92 ini mampu untuk bertahan selama satu hari penggunaan. Tambahan pula, telefon pintar ini dilengkapi dengan kapasiti bateri sebesar 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W. Jadi, anda tidak perlu risau untuk menggunakannya dalam satu tempoh masa yang lama kerana kapasiti bateri yang ditawarkan adalah cukup besar dan mampu untuk bertahan sepanjang hari.


Kesimpulan

Ternyata, penawaran spesifikasi daripada OPPO A92 ini lengkap dari pelbagai aspek. Samaada daripada segi rekaannya, kebolehan kamera, saiz memori dan storan, kapasiti bateri dan juga prestasinya yang mengagumkan. Sekiranya anda mempertimbangkan telefon pintar OPPO A92 ini dalam pilihan pembelian anda, ia adalah keputusan yang bijak. Hal ini bukan hanya disebabkan telefon pintar ini lengkap dengan pelbagai fungsi menarik, malah ia juga dijual pada harga yang berpatutan.

Di Malaysia, telefon pintar ini dipasarkan pada harga RM1199 dan harganya adalah sangat mampu milik, sesuai dengan spesifikasi yang mereka tawarkan. Jadi, bagi anda yang berminat, boleh layari laman rasmi OPPO atau pengedar-pengedar rasmi mereka untuk dapatkan maklumat lanjut berkenaan OPPO A92 ini.

Layari: Laman Rasmi OPPO Untuk Maklumat Lanjut

Penafian: Advertorial daripada OPPO Malaysia



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.