ARM Akan Menawarkan Kemaskini Pemacu Mali GPU Melalui Play Store
Qualcomm sebelum ini telah mengumumkan mereka bakal menawarkan kemaskini pemacu GPU untuk cip pemprosesan mereka melalui Google Play Store – sekaligus memastikan pengguna dapat menikmati pelbagai sokongan grafik terkini melalui peranti mereka.
Terbaru, ARM turut mengumumkan perkara sama, dan mengatakan bakal menawarkan kemaskini untuk GPU Mali melalui Google Play Store. Untuk makluman, antara cip pemprosesan yang menggunakan GPU Mali adalah termasuk MediaTek, Exynos dari Samsung dan juga Kirin dari Huawei.
Dengan langkah ini, pengguna boleh menikmati pemacu terbaru yang mengatasi pelbagai masalah pepijat, selain menambah-baik prestasi grafik yang ditawarkan melalui peranti mudah-alih.
ARM buat masa ini sekadar mengumumkan mereka telah mengimplementasi kaedah menaik-taraf pemacu GPU melalui Play Store, tetapi masih belum mengumumkan model versi mana yang akan dapat mengguna-pakai ciri ini, dan peranti yang disokong.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment