Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Photos Dikemaskini Dengan Logo, Antaramuka Dan Ciri Baharu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Photos Dikemaskini Dengan Logo, Antaramuka Dan Ciri Baharu


Selepas lima tahun Google Photos kini mencatatkan penggunaan 1 bilion pengguna bulanan. Hari ini aplikasi penyimpanan gambar serta video awanan ini telah diberikan penambahbaikan dalam bentuk logo, antaramuka dan ciri-ciri baharu.

Pertama kali antaramuka kini mempunyai tiga tab navigasi utama pada bahagian bawah untuk gambar, carian dan pustaka gambar. Dalam pustaka gambar, media yang dimuat naik boleh dilihat di dalam folder yang telah ditetapkan oleh pengguna. Tiada lagi tab navigasi untuk gambar, album, For You dan Sharing seperti pada versi terdahulu.

Seterusnya ialah pengenalan paparan peta yang diakses menerusi tab carian. Anda boleh melihat sendiri lokasi setiap gambar yang diambil sekiranya maklumat GPS tidak dipadamkan sebelum ini. Ia sama seperti ciri peta yang dipopularkan di Instagram dan menurut Google adalah ciri yang paling kerap diminta pengguna Photos,

Ketiga ialah ciri baharu yang memudahkan menonton semula klip Memories. Memories ialah sistem automatik yang menghasilkan video pendek untuk har-hari penting seperti ulang tahun perkahwinan, konvokesyen atau melihat anak membesar tahun demi tahun.

Akhir sekali lagi logo terbaru Photos kini lebih dibulatkan tanpa bicu tajam kincir angin seperti dahulu. Ini selari dengan rekaan aplikasi Google yang lain serta Material Design. Kesemua yang diumumkan hari ini akan diberikan kepada pengguna aplikasi Android dan iOS minggu hadapan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.