Hi! Welcome Back and Stay Tune! Restoran Yang Menggunakan Tenaga Kerja Robot Sepenuhnya Dibuka Di China - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Restoran Yang Menggunakan Tenaga Kerja Robot Sepenuhnya Dibuka Di China


Adakah anda risau tentang tahap keselamatan masakan anda ketika wabak masih berleluasa? Pernah terjadi wabak demam kepialu di Amerika Syarikat pada awal kurun ke-20 akibat tukang masak yang menjadi penyebar. Di China sebuah kompleks restoran telahpun dibuka dengan kesemua tenaga kerjanya adalah robot yang boleh memastikan masalah seperti ini tidak akan berlaku.

Kompleks restoran sebesar 2000 meter persegi dibuka di Guangdong, China oleh Lucky Garden. Ia mempunyai restoran-restoran yang makanannya dimasak sepenuhnya oleh robot dan kemudian disajikan juga oleh kakitangan robot. Pelanggan memesan makanan menerusi skrin sesentuh pada tubuh robot pelayan.Sebanyak 200 jenis makanan yang ditawarkan restoran ini boleh dimasak dalam masa sepantas 20 saat.

Antara yang ditawarkan ialah masakan cina, aiskrim, mi dan makanan segera. Dengan saiz kompleks yang besar, sehingga 600 pelanggan boleh disajikan secara serentak menggunakan 20 jenis robot yang dibangunkan sendiri oleh Lucky Garden.

Selepas Guangdong, Lucky Garden bercadang mengembangkan penggunaan dapur robot ini ke kawasan lain di China dan Hong Kong, Memandangkan Lucky Garden telahpun bertapak di Johor, mungkin kita juga akan dapat makan di restoran yang dikendalikan sepenuhnya oleh robot di masa hadapan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.