Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pra-tempah Paparan Gaming Samsung Odyssey G7 Bakal Dibuka – Harga Bermula RM2399 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pra-tempah Paparan Gaming Samsung Odyssey G7 Bakal Dibuka – Harga Bermula RM2399


Beberapa minggu lalu kami ada melaporkan bahawa Samsung akan mula melancarkan siri paparan gaming terbaru mereka, iaitu Samsung Odyssey G7 tidak lama lagi, dan hari ini Samsung Malaysia telah mengumumkan ketibaannya untuk pasaran tempatan.

Hadir dalam pilihan saiz 27 dan 32 inci, paparan Odyssey G7 ini dilengkapi dengan paparan melengkung 1000R, ataupun radius lengkungan 1000mm yang menggunakan panel QLED yang biasa dilihat pada siri televisyen terbaru Samsung.

Bukan itu sahaja, paparan Odyssey G7 ini mempunyai kadar segar semula setinggi 240Hz dan juga lengah masa serendah 1ms dan mempunyai resolusi WQHD 2560×1440.

Satu lagi ciri yang pasti diingini oleh gamer tegar ialah sokongan untuk teknologi grafik NVIDIA G-SYNC dan juga Adaptive Sync untuk pengalaman gaming terbaik tidak kira jenis kad grafik yang digunakan dalam komputer anda.

Samsung Malaysia telah mengumumkan bahawa pra-tempah untuk Samsung Odyssey G7 ini akan dibuka pada 29 Jun kelak pada 10 pagi di laman sesawang pra-tempah ini sehingga 5 Julai. Setiap pra tempahan paparan ini juga akan diberi pembesar suara Samsung HW-T450 ataupun Samsung HW-T250 secara percuma.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.