Hi! Welcome Back and Stay Tune! Putrajaya tak cadang jadikan ketum komoditi negara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Putrajaya tak cadang jadikan ketum komoditi negara


Risda pernah mencadangkan kepada kerajaan Barisan Nasional untuk membenarkan penanaman ketum bagi membantu pekebun kecil getah. (Gambar Bernama)
ARAU: Kerajaan belum bercadang menjadikan tanaman ketum sebagai satu daripada produk komoditi negara, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mohd Khairuddin Aman Razali.
Beliau berkata, cadangan isu itu pernah dibangkitkan ketika pentadbiran kerajaan terdahulu, tetapi ia masih di peringkat perbincangan antara kementerian terbabit.
“Jika dilihat terdapat isu negatif dan positif dalam soal tanaman ketum dan elok jika Kementerian Kesihatan selesaikan isu tersebut dahulu,” katanya ketika melawat Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin hari ini.
Beliau mengulas apa pendirian kerajaan terhadap cadangan menjadikan ketum sebagai komoditi negara.
Sementara itu, Khairuddin berkata, kementeriannya kini memfokuskan tanaman lain sedia ada yang turut membantu meningkatkan ekonomi negara.
“Tumpuan kementerian ketika ini adalah memperkasakan hasil komoditi sedia ada seperti kelapa sawit, getah, kayu-kayan, koko dan kenaf terlebih dahulu, kemudian baru kita melihat hala tuju lebih besar.” - FMT


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.