Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hari Ini Hagia Sophia Bakal ‘Sambut’ Jemaah Solat Jumaat Pertama Dalam Sejarah Selepas 86 Tahun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hari Ini Hagia Sophia Bakal ‘Sambut’ Jemaah Solat Jumaat Pertama Dalam Sejarah Selepas 86 Tahun



Seperti mana yang kita tahu, Hagia Sophia telah dibuka semula bermula pada hari ini untuk umat Isalam menunaikan ibadah buat kali pertamanya selepas 86 tahun.

Bermula dengan penganjuran solat Jumaat buat kali pertama, orang ramai pastinya tidak akan melepaskan peluang merasai detik bersejarah tersebut.

Para pekerja turut bertungkus-lumus memberikan tenaga mereka untuk menyiapkan persiapan awal sebelum menjelang solat Jumaat pada hari ini.

Bagaimanapun, para jemaah diingatkan untuk mematuhi syarat yang dikemukakan oleh pihak Hagia Sophia iaitu membawa pelitup muka dan bacaan suhu diambil sebelum masuk menunaikan solat Jumaat. Bahkan, ada meyediakan ruang solat yang berbeza bagi mengelakkan orang berkumpul sebagai langkah pencegahan Covid-19.


Bukan itu sahaja, pihak berkuasa juga mengawal ketat laluan keretapi perlu ditutup di beberapa stesen sebelum dan ketika solat Jumaat berlangsung.


Untuk pengetahuan anda, Hagia Sophia dibina sebagai sebuah katedral kira-kira 1,500 tahun yang lalu ketika pemerintahan empayar Byzantine di Constantinople, yang hari ini dikenali sebagai Istanbul. Selepas pemerintahan Turki Uthmaniah menakluk kota tersebut, bangunan ini digunakan untuk umat Islam beribadah.

Namun, pada 1934 bangunan Hagia Sofia ini dijadikan muzium sebagai salah satu tapak bersejarah UNESCO.



Sumber: Awani, AA.com via Siakapkeli.my


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.