Perkhidmatan Garmin Mengalami Gangguan Kerana Serangan Aplikasi Tebusan
Perkhidmatan dan operasi Garmin hari ni mengalami gangguan di peringkat global akibat serangan aplikasi tebusan. Garmin mengesahkan aplikasi Garmin Connect serta khidmat bantuan pelanggan mereka kini tidak beroperasi dan sedang cuba untuk memulihkannya secepat mungkin.
Akibatnya pengguna tidak dapat merekod aktiviti larian atau berbasikal yang sepatutnya dicatatkan secara automatik pada aplikasi. Tambah serius serangan ini juga mengakibatkan laman rasmi dan pengilangan peranti mereka di Asia terganggu. Menurut laporan laman IT Home pula, gangguan dijangka berlarutan sehingga 25 Julai dengan usaha untuk mengembalikan perkhidmatan sedang dilakukan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment