Peranti Samsung Boleh Digunakan Sebagai Kad Pengenalan Elektronik Di Jerman
Setiap negara mempunyai kad pengenalan tersendiri yang digunapakai untuk pelbagai tujuan urusan seharian. Sentiasa membawanya bersama anda ketika keluar dari rumah, tidak kisahlah ke mana sahaja anda pergi adalah satu kewajipan. Sekiranya anda gagal berbuat demikian di Malaysia ia dianggap satu kesalahan yang boleh mengakibatkan anda dipenjara sehingga 3 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000.
Bagi penduduk di Jerman, kelak telefon pintar Samsung mereka akan dapat digunakan sebagai ganti kad pengenalan fizikal menerusi sokongan kad pengenalan elektronik (eID).
Bagi merealisasikan penggunaan eID di Jerman, Samsung bekerjasama dengan Jabatan Keselamatan Maklumat Persekutuan Jeman (BSI), Bundesdruckerei (bdr) dan Deutsche Telekom Security. Menerusi kerjasama kesemua badan yang terlibat, projek OPTIMOS 2.0 telah dibangunkan untuk menghasilkan sistem kad pengenalan digital sumber terbuka.
Samsung terpilih sebagai rakan teknologi kerana penggunaan cip keselamatan yang memastikan data peribadi akan sentiasa selamat sepanjang ia disimpan dalam peranti. Peranti Galaxy S20 misalnya melepasi piawaian penyulitan tertinggi CC EAL 6+.
Pada peringkat awal, pemilik peranti Galaxy S20, S20+ dan S20 Ultra boleh menggunakan peranti mereka sebagai kad pengenalan elektronik dengan memuat turun aplikasi Mobile ID dari PlayStore. Kemudian pengesahan identiti dilakukan dengan meletakkan kad pengenalan fizikal pada sensor NFC peranti. Pengguna kemudian bebas membuka akaun bank dan pelbagai perkhidmatan di Jerman menggunakan kad pengenalan elektronik ini.
Sekadar selingan, Apple sebelum ini juga dikatakan mempunyai perancangan yang sama seperti ini, namun hanya sekadar memfailkan paten sahaja. Konsep ID Digital Nasional juga telah diperlihatkan oleh kerajaan Malaysia pada Januari yang lalu cuma kini tiada khabar sama ada ia akan diteruskan di bawah pentadbiran Perikatan Nasional.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment