Twitter Mengesahkan Sedang Melihat Kepada Penawaran Langganan Berbayar Melalui Platform Mereka
Twitter hari ini mengesahkan secara rasminya mereka sedang melihat kepada kaedah menjana pendapatan yang baru, dan salah satunya adalah untuk menambah sokongan langganan berbayar.
Info ini masih boleh dikatakan pada peringkat awal, berkemungkinan akan membolehkan pengguna platform Twitter untuk melanggan kepada seseorang yang diikuti secara berbayar. Dengan ini, pelanggan berbayar mungkin akan menerima kandungan tambahan daripada akaun yang diikuti – berbeza dengan penawaran kandungan umum yang biasa. Disamping itu, terdapat juga kemungkinan untuk Twitter menawarkan perkhidmatan langganan berbayar untuk pengalaman bebas iklan pada platform mereka.
Sebelum ini, beberapa perkhidmatan telah berjaya dengan konsep penawaran langganan berbayar – dan turut telah ditambah oleh pihak YouTube baru-baru ini.
Dengan langkah ini, ia dijangka akan turut menambah pendapatan sampingan Twitter, selain penawaran iklan pada platform mereka hari ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment