Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Diramalkan Akan Keluar Dari Perniagaan Peranti Pintar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Diramalkan Akan Keluar Dari Perniagaan Peranti Pintar


Tahun lalu ialah tahun yang cukup mencabar bagi Huawei selepas mereka tidak lagi dibenarkan mengeluarkan peranti dengan sokongan GMS akibat sekatan yang dikenakan Amerika Syarikat. Tetapi tahun ini ia menjadi semakin tenat selepas mereka dihalang pula dari mendapatkan bekalan cip sehingga menyebabkan pengeluaran cip Kirin terpaksa dihentikan. Kini Ming-Chi Kuo, penganalisa pasaran yang terkenal meramalkan Huawei mungkin akan keluar dari perniagaan peranti pintar.

Menurut beliau ini mungkin berlaku kerana masalah mendapatkan cip yang ingin digunakan. Seperti yang kami laporkan sebelum ini Qualcomm dan MediaTek sedang melobi untuk diberikan kebenaran menjual cip pemproses kepada Huawei. Dalam situasi terbaik sekalipun, Huawei akan kehilangan pegangan pasaran sehingga 30% di China kepada pesaing mereka iaitu Apple, Oppo, Vivo dan Xiaomi.

Nasib yang menimpa Huawei ini adalah amat malang kerana mereka amat hampir kepada sasaran untuk memintas Samsung sebagai pengeluar peranti pintar terbesar di dunia. Sungguhpun pelbagai sekata dilakukan, beberapa suku yang lalu pengeluaran peranti mereka dilaporkan berjaya memintas Samsung.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.