Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lenovo Melancarkan Siri Komputer Riba Lenovo Yoga 9i Dengan Sound Bar Sebagai Engsel - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lenovo Melancarkan Siri Komputer Riba Lenovo Yoga 9i Dengan Sound Bar Sebagai Engsel


Lenovo Yoga adalah siri komputer riba dari Lenovo yang boleh dilipat, atau dikenali sebagai komputer riba dua dalam satu dengan tablet. Terkini, mereka telah hadir dengan siri Yoga 9i iaitu Yoga 9i dan Yoga Slim 9i. “i” di belakang nama ini membawa maksud ia dijana dengan cip pemprosesan Intel Core. Kali ini apa yang menarik adalah kemasan pada panel belakang komputer riba ini adalah kulit, kedua-dua Slim dan biasa ini lebih kurang sama yang bezanya adalah saiz skrin – Slim 14-inci dan biasa adalah 15.6-inci. Kedua-dua Yoga ini mempunyai pilihan cip pemprosesan Intel Core generasi kesepuluh sehingga yang akan datang nanti (mungkin Tiger Lake). GPU pula kedua-duanya menggunakan NVIDIA GTX 1650 Ti.

Untuk saiz 15.6-inci skrinnya menyokong sehingga 4K dengan panel IPS VESA DisplayHDR yang mana mempunyai sokongan Dolby Vison. Bagi model slim, skrin hanya terhad dengan resolusi UHD yang mana menggunakankan rekaan melengkung 3D bagi menampakkan rekaan yang lebih premium. Skrin hebat ini turut dipadankan dengan engsel komputer riba yang mempunyai Sound Bar terbina. Ia adalah sistem pembesar suara yang diikitraf Dolby Atmos. Ini bukan pertama kali Lenovo menggunakan rekaan skrin dan engsel sound bar, kerana tahun lepas ia telah diperlihatkan melalui model Lenovo S940.

Memori yang digunakan mempunyai pilihan sehingga 16GB untuk RAM dan 2TB SSD untuk storan dalaman. Memudahkan lagi pengguna adalah dua port Thunderbolt 3 USB-C. Tempat rehat tapak tangan pada komputer riba ini menggunakan kaca, pad sesentuh pula menggunakan Smart Sensor Touchpad yang mempunyai tindak balas getaran. Untuk sekuriti, ia kekal menggunakan Windows Hello – cuma kini ia ada sensor penigmbas cap jari ultrasonik. Pada papan kekunci pula, ia menggunakan Smart Sense Keyboard yang ada sensor cahaya untuk menentukan kecerahan lampu backlight mengikut situasi.

Untuk kamera web, ia mempunyai butang khas elektrik yang boleh terus mematikan kamera berbanding menggunakan gelungsur pelindung biasa. Kemudian, resolusi kamera ini hanya 1080p dan boleh menggunakan perisian sahaja untuk menjadikan 4K. Siri Lenovo Yoga ini turut mempunya Alexa terbina yang boleh terus diseru walaupun komputer riba dikunci. Ketahanan bateri pula menurut Lenovo boleh mencapai sehingga 20 jam bagi model 15.6-inci dan 18 jam bagi 14-inci. Lenovo Q-Control’s AI-powered Intelligent Cooling pula disertakan untuk menyejukkan komputer riba ini.

Harga jualan €1899 (~RM9447) untuk Slim 9i dan €1999 (~RM9944) untuk model 15.6-inci. Tarikh jualan untuk pasaran tempatan masih belum diumumkan lagi, sama-sama kita nantikan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.