Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lenovo Legion Slim 7i Dilancarkan – Komputer Riba Gaming RTX Paling Ringan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lenovo Legion Slim 7i Dilancarkan – Komputer Riba Gaming RTX Paling Ringan


Lenovo Legion adalah barisan produk gaming dari Lenovo. Ia desktop, ada komputer riba dan baru-baru ini ada telefon pintar. Terkini, Lenovo telah hadir dengan Lenovo Legion Slim 7i, ia adalah sebuah komputer riba gaming nipis dan ringan yang menggunakan kad grafik NVIDIA GeForce RTX.

Saiz skrin adalah 15-inci dan menyokong paparan sehingga UHD VESA DisplayHDR 400. Cip pemprosesan mempunyai pilihan sehingga Intel Core i9 generasi kesepuluh dan kad grafik sehingga RTX2060, memori pula boleh mencapai sehingga 32GB RAM dan 2TB SSD. Bahan binaan komputer riba ini adalah aluminium gred-angkasa yang mana kelihatan premium dan ringan. Disebabkan ini adalah komputer riba gaming, jadi sokongan DLSS 2.0 dan Advanced Optimus dikekalkan. Bateri pula boleh mencapai 7.75 jam dan menyokong pengecasan 95W USB-C. Sistem pentejukan Lenovo Legion Coldfront 2.0 turut digunakan pada komputer riba ini.

Untuk sekuriti, ia menggunakan pengimbas cap jari yang turut berfungsi sebagai butang kuasa dan mempunyai Privacy Shutter untuk privasi kamera web. Papan kekunci pula menggunakan TrueStrike yang maba mempunyai tindak balas hebat saiz penuh serta sistem RGB dari Corsair – iCUE. Untuk rangkaian dan bagi memastikan pengalaman bermain permainan video kekal hebat, teknologi Killer WLAN, WiFi 6 disertakan. Jika kad grafik yang disertakan tidak mencukupi, ia turut menyokong kad grafik luaran melalui sambungan Thunderbolt 3 – iaitu Lenovo Legion BoostStation.

Hara jualan adalah bermula dari €1299 (~RM6460) dan Lenovo Legion BoostStation eGPU pula bermula dari €349 (~RM1736) yang mana boleh dibeli secara berasingan atau berkas bersama dengan NVIDIA GeForce RTX 6GB GPU atau 8GB AMD Radeon RX 5700 XT GPU.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.