Prickly Musang King - MCA Lawan Pemuda UMNO Pula. Sedikit Nasihat Bagi Pemuda
The Musang King saga in Raub continues. Here are two news items.
KL : Pahang MCA committee to safeguard farmers, help tackle problems they face
various issues plaguing farmers in Pahang involving agricultural produce
- Cameron Highlands' vegetables, flowers
- Bentong ginger, birds' nest
- durian farmers in Raub
- committee to tackle issues effectively, comprehensively
- better success in resolving disputes if better communication
- continued escalation of recent issue
- committee to more efficiently negotiate with Pahang state govt
Tulisan Jawi pun masuk sekali?
KUANTAN: Pahang govt need not kowtow to farmers cultivating durians illegally
Umno Youth said farmers are breaking the law in earning lucrative incomes
(OSTB : Betul tanah itu tak ada TOL tapi earning income bukan breaking the law brader.)
farmers' illegal takeover of land amounts to robbery
violates rights of Pahang govt and people
farmers rob state's land
no reason for govt to provide land
Most orchard owners in Raub not even natives
durians are not sold here but exported
Pahang govt loss RM30m in land tax in 10-year period
could have benefited the poor
land applications by the villagers not successful
demonstration on standoff between Raub durian farmers and Pahang govt
60 members of 8 NGOs participated in rally
called upon authorities to take action against illegal land settlers
Aug 1 state govt began acting against orchards in Raub
barring them from entering their durian holdings
making them vacate land
orchards in Benom Forest Reserve, Sungai Ruan, Sungai Chalit, Tranum, Tras
Kuantan High Court fixed Oct 28 to hear 111 durian planters in Raub
for judicial review against state govt order to vacate their farms
My comments :
At last Pemuda UMNO pun terjumpa isu untuk dibuat skrip jadi hero. Syabas dan tahniah. Sebelum ini Ketua Pemuda cuba bangkitkan isu yang remeh untuk jaga populariti.
Takkan UMNO yang telah memerintah Pahang sejak Merdeka tahun 1957 tidak tahu bekenaan durian farmers di Raub? Kenapa kerajaan pimpinan UMNO tidak ambil sebarang tindakan selama 63 tahun yang sudah?
Walaupun sepanduk itu kata 'Tanah kami hak kami' jelas bahawa Pemuda ingin jadi champion setelah penglibatan syarikat korporat. Saya ada sedikit cadangan cepu emas bagi Pemuda. Sila umumkan nama kesemua Pengarah syarikat korporat itu. "Orang kite" minoriti sangat lah. Majoriti itu pandai cakap omputih kut.
Negeri Pahang memang sudah famous dengan orang besar dan orang kaya terlibat "mengambil balak", ceroboh tanah rizab hutan, ceroboh tanah kerajaan negeri, korek pasir (illegal sand mining) dsbnya. Ramai orang terlibat. Semua bangsa terlibat. Dan balak itu pun jadi plywood dsbnya yang diekspot ke luar negara. Bukan semua dijual dalam negara pun.
Jadi, oleh sebab Pemuda sudah buat NGO, kenapa Pemuda tidak senaraikan semua kes orang ceroboh tanah kerajaan di Pahang? Be fair lah. Takkan bau wangi Musang King saja terlekat di hidung? Pakai face mask filter Musang King ke?
Ya betul mereka buat dusun di tanah kerajaan. Betul kerajaan negeri hilang cukai tanah, sewa tanah dsbnya. Tetapi farmer itu pun pernah mohon TOL dsbnya. Kalau kerajaan negeri memberi mereka TOL sudah tentu kerajaan negeri sudah kutip banyak duit. Lagipun farmer itu sedia bayar cukai tanah, yuran sewa dsbnya kepada kerajaan negeri.
Tetapi yang peliknya kenapa pula setelah mereka berusaha selama berpuluh tahun, sesudah mereka berpeluh darah menjaga pokok durian, setelah pokok sudah besar, dan buah sudah jadi, tiba-tiba kerajaan negeri bagi lesen sewa tanah tetapi kepada orang lain?
Apa rasional nya? Sebab ikut prosedur kalau lah kerajaan negeri ingin halang pembukaan tanah secara haram, the correct procedure is musnahkan kesemua dusun pokok durian yang haram.
Seperti yang telah di buat di Terla, Cameron Highland (contohnya). Ikut prosedur, kerajaan negeri telah musnahkan vegetable farm di Terla yang dibuka atas tanah kerajaan tanpa TOL atau lesen guna tanah.
Di Terla pihak kerajaan Negeri tidak merampas dan sewa balik vegetable farm yang haram itu kepada syarikat korporat. So to be fair dusun Musang King pun elok dimusnahkan saja - serupa dengan Terla.
But that is not going to happen. Why? I think I know why. Sebab sayur dan kobis tak ada bau wangi seperti Musang King. Musang King wangi dia kuat. Boleh sampai ke Hong Kong dan Beijing di mana satu kilo Musang King dijual dengan harga RM300 !! Musang King memang has very powerful smell.
Ini bukan kes curi balak. Atau kes curi pasir. Yang masih berlaku dalam negara kita, termasuk di negeri Pahang. Tetapi kenapa NGO Pemuda tidak protes dan berdemonstrasi untuk membantah kes curi balak, curi pasir dsbnya? How come?
Tanaman sayur, bunga dan buah-buahan di Cameron Highlands itu adalah harta negara. Begitu juga tanaman halia di Bentong, dusun durian di Raub, birds nest dsbnya.
Cameron Highlands juga sudah menjadi pusat pelancongan taraf dunia yang menjana foreign exchange earnings (pertukaran wang asing) yang lumayan bagi negara. Tak payah sebut lah berkenaan peluang pekerjaan, hotel, bas ekspres dan banyak lagi bisnes yang berkaitan.
Cameron Highlands menjadi paksi "food security" negara kita juga. Jadi jagalah Cameron Highlands itu dengan baik. Jika tanah vegetable farmers di Cameron Highlands ditarik balik, kita tak boleh makan sayur. Buah strawberi pun akan hilang dari supermarket.
Ringgit Malaysia juga akan jatuh lagi sebab Cameron Highlands mengekspot banyak sayur, bunga-bungaan dan hasil tanaman lain ke luar negara yang bantu ekonomi negara kita mendapat foreign exchange yang lumayan. Bila ekspot sayur, bunga-bunga dan buah-buahan bertambah Ringgit Malaysia pun kukuh. So jangan pi kacau depa ok.
Begitu juga dengan tanaman halia (ginger farming) di Bentong. Pasaran dunia iktiraf halia Bentong antara yang top quality di dunia. Ekspot halia dari Bentong juga menjana foreign exchange yang lumayan bagi negara kita. Ringgit Malaysia pun kukuh. Jangan pi kacau.
Sebaliknya kita mesti fikir cara untuk membantu penanam halia Bentong, vegetable farmer Cameron Highlands dsbnya menambahkan lagi output atau pengeluaran mereka. So that ekspot negara akan bertambah, Ringgit Malaysia akan kukuh, peluang pekerjaan akan bertambah, ekonomi akan maju dan banyak lagi lah.
Saudara Pemuda jangan jealous kalau dia orang dapat pendapatan yang lumayan. Sebarang pendapatan yang mereka dapat pun sebab they work very hard. Di Raub, depa jaga pokok durian sebatang-sebatang. They care for the durian trees one by one. Depa bubuh baja yang mahal, ikut timing yang betul, depa menyiram pokok.
Durian farming bukan tidak ada risiko. Begitu juga vegetable farming. Tiada bisnes yang tidak hadapi risiko. Bukan selalu boleh untung. Sekarang (sebab teknoloji pokok kahwin, baja mutu tinggi dsbnya) sering berlaku pokok durian berbuah dengan lebatnya. Harga durian boleh jatuh sehingga beberapa Ringgit saja sekilo. Durian farmer boleh rugi. Kalau kena serangga perosak depa boleh rugi, kalau tupai makan buah durian depa rugi. Semua jenis perniagaan ada risiko.
So kepada Ketua Pemuda UMNO, you must provide real leadership. Pemuda perlu mature dalam fikiran mereka dan bukan saja melompat-lompat, menjerit-jerit, menunjuk penumbuk, protes dan demonstrasi tanpa faham yang mana ke hulu dan yang mana ke hilir.
Akhir kalam sila lihat nasihat berikut yang jernih dan simple :
Surah 5:8
Surah 5:8 Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment