Hi! Welcome Back and Stay Tune! Garmin Vivofit Jr. 3 Dilancarkan – Jam Tangan Pintar Kanak-Kanak Dengan Tema Marvel Dan Disney - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Garmin Vivofit Jr. 3 Dilancarkan – Jam Tangan Pintar Kanak-Kanak Dengan Tema Marvel Dan Disney


Garmin tahun ini agak aktif dalam melancarkan pelbagai variasi jam tangan pintar. Dari yang premium sehinggalah yang mampu milik. Seperti jenama pesaing, Garmin turut ada produk khusus untuk kanak-kanak, iaitu jam tangan pintar juga. Garmin terkenal dengan Vivofit Jr. yang mana versi terkini adalah Vivofit Jr. 3. Kali ini Garmin bekerjasama dengan Marvel dan Disney untuk hadir dengan rekaan serta ciri dan fungsi menarik.

Fokus utama Vivofit Jr. 3 ini adalah pemantauan pergerakan anak-anak yang boleh dilakukan ibu bapa. Fungsi utama yang menjadi fokus adalah ICE iaitu In Case of Emergency. Ia adalah sejenis widget yang membenarkan si anak menghubungi ibu bapa dengan pantas. Ciri jam pintar biasa seperti penggera, jam randik, pemantauan tidur, sensor pemecut untuk penjejakan tapak, Bluetooth dikekalkan. Untuk fungsi “pintar”, jam ini mempunyai mod seperti aktiviti 60 minit, kerja rumah, ganjaran melalui sikap kanak-kanak, masa siapkan tugasan, notifikasi amaran, peringatan, permainan dan banyak lagi.

Bahan binaan adalah silikon, saiz skrin 0.56 x 0.56, ketahanan bateri 1 tahun, perlindungan kalis air 5ATM dan sokongan tali jam yang boleh ditukar. Setiap senaman, tugasan, kerja rumah adalah dalam bentuk permainan bertemakan Disney atau Marvel. Yang mana ini akan menghiburkan anak-anak sambil mereka kekal melakukan tugasan atau bersenam. Harga jualan adalah $79.99, iaitu sekitar RM332.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.