Xiaomi Mi 11 Akan Dijana Snapdragon 875, Mungkin Dilancarkan Seawal Disember Ini
Xiaomi tidak dinafikan tahun ini membina nama dengan baik sekali. Lagi-lagi dengan melancarkan pelbagai pembunuh peranti mercu dan juga pembunuh peranti kelas pertengahan, seperti Mi 10T dan Poco X3. Peranti mercu utama Xiaomi seperti Mi 10 Ultra juga antara yang menarik perhatian apabila menerima skor tertinggi dalam DXOMark untuk kamera serta jualan Mi 10 di Malaysia yang gila murah.
Terkini, peniris dari China terkenal iaitu Digital Chat Station mengatakan – Xiaomi Mi 11 akan dijana Snapdragon 875. Itu tidak terkejut, ia sudah boleh dijangka yang peranti mercu Xiaomi seterusnya akan dijana dengan cip Qualcomm terkini. Tetapi apa yang mengejutkan adalah, Mi 11 ini dikhabarkan akan dilancarkan seawal Disember ini. Kemudian, jualan juga akan dilakukan secara terhad untuk awal pelancaran. Ini mungkin adalah bagi bersaing dengan Apple dengan siri iPhone 12 mereka yang dijana cip A14 Bionic 5nm. Snapdragon 875 juga adalah 5nm.
Xiaomi juga agak terkenal sebagai antara jenama terawal yang dilancarkan dengan cip terkini dari Qualcomm. Contohnya semasa pelancaran Snapdragon 865, Xiaomi telah mengumumkan Mi 10. Hujung tahun ini mungkin akan ada banyak jenama terus melancarkan peranti mercu generasi baru mereka, antaranya adalah Samsung dengan Galaxy S21.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment