Xiaomi Umum Teknologi Pengecasan Nirwayar 80W – Mengecas Penuh Bateri 4000mAh Dalam Masa 19 Minit Secara Nirwayar
Xiaomi hari ini mengumumkan mereka telah hadir dengan teknologi pengecasan pantas untuk nirwayar yang serbar baru, menawarkan kelajuan pengecasan 80W.
Xiaomi memanggil teknologi ini sebagai 80W Mi Wireless Charging Technology.
Melaluinya, Xiaomi mengatakan mereka mencatatkan rekod terbaru dalam teknologi pengecasan nirwayar untuk telefon pintar. Ia membolehkan telefon dengan kapasiti 4000mAh mengecas peranti sehingga 50% dalam masa 8 minit, atau sehingga 100% dalam masa 19 minit.
Daripada gambaran yang diperlihatkan, ia dilihat akan menggunakan dok pengecas khusus dan bukannya yang biasa.
Apa pun, ia sesuatu yang menarik untuk melihat sokongan pengecasan nirwayar turut dimajukan, dan menawarkan sokongan pengecasan lebih pantas berbanding kebiasaan sebelum ini.
Ia tidak diketahui lagi, apakah peranti pertama Xiaomi yang akan hadir dengan teknologi ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment