Hi! Welcome Back and Stay Tune! KWSP buka semula cawangan di Selangor, KL dan Nilai mulai 2 Nov - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KWSP buka semula cawangan di Selangor, KL dan Nilai mulai 2 Nov


KUALA LUMPUR, 28 OKT: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menyambung semula perkhidmatan tertentu di cawangannya di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan dan Nilai bermula Isnin, 2 November 2020, dari 9 pagi hingga 2 petang pada hari bekerja.

Bagaimanapun, cawangan KWSP Kajang masih ditutup buat sementara waktu, kata KWSP dalam satu kenyataan semalam.

“Ahli-ahli boleh melayari Janji Temu Online (JTO) bermula hari ini untuk membuat janji temu yang baharu bagi perkhidmatan tertentu yang disediakan apabila cawangan dibuka kelak.

“Walaupun jumlah kes Covid-19 yang dicatatkan sedang meningkat, keputusan untuk menyambung perkhidmatan tertentu di cawangan yang dinyatakan adalah untuk membantu ahli yang memerlukan akses kepada simpanan mereka,” kata KWSP.

Dalam usaha untuk memastikan keselamatan dan kesihatan, ahli hanya boleh hadir di cawangan dengan membuat janji temu melalui saluran Janji Temu Online di laman web KWSP di https://ift.tt/3k6CMpZ.

Sementara itu, janji temu untuk perkhidmatan tertentu di cawangan yang beroperasi di Selangor (tidak termasuk KWSP Kajang), Kuala Lumpur dan Labuan, dan Nilai adalah hanya bagi pengeluaran umur 50/ 55/ 60 tahun dan pengesahan cap ibu jari bagi e-Pengeluaran.

Pengunjung perlu menjalani pemeriksaan suhu dan mendaftar masuk melalui aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis KWSP.

“KWSP sedang mengambil pendekatan berjaga-jaga berikutan peningkatan kes Covid-19 di negeri-negeri ini dan di seluruh negara secara amnya.

“Sebarang kesulitan yang timbul daripada pengurangan perkhidmatan ini adalah dikesali, namun kesihatan dan keselamatan ahli serta majikan yang hadir di cawangan KWSP setiap hari daripada pelbagai lokasi perlu menjadi keutamaan,” katanya.

Bagi maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 ataupun rujuk kepada laman web KWSP di www.kwsp.gov.my.

-BERNAMA


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel




✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Oh! Semput

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.